Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 30
Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 30
s 30 Findings of the Commission after investigation
(1) Where the Commission has completed its investigation into any complaint of misconduct under this Act and finds that—
(a) the misconduct complained of is not substantiated, it shall record its finding and inform the complainant;
(b) the misconduct constitutes a disciplinary offence, it shall record its finding and make a recommendation as to the
punishment that should be imposed upon the enforcement officer concerned and refer the matter to the appropriate Disciplinary Authority for its action; or
(c) the misconduct constitutes a criminal offence, it shall record its finding and compile its report and the investigation papers and refer the matter to the Public Prosecutor.
(2) Where the Commission has referred a matter to the appropriate Disciplinary Authority under paragraph (1)(b), the Disciplinary Authority shall inform the Commission of its action and the grounds of its decision within fourteen days from the date of receipt of the finding and recommendation.
(3) Where the Commission has referred a matter to the Public Prosecutor under paragraph (1)(c), the Public Prosecutor shall communicate his decision to the Commission within fourteen days from the date of receipt of the finding, report and investigation papers.
(4) Where a charge is preferred by the Public Prosecutor, any evidence obtained by the Commission under this Act may, notwithstanding the provisions of any other written law to the contrary, be used for the purpose of criminal proceedings.
(5) The Commission shall make public its finding and inform the complainant of its finding and any action taken by the Disciplinary Authority or the Public Prosecutor under this section.
Malay text (authoritative)
Dapatan Suruhanjaya selepas penyiasatan
(1) Jika Suruhanjaya telah selesai membuat penyiasatannya berkenaan dengan apa-apa aduan salah laku di bawah Akta ini dan mendapati bahawa—
(a) salah laku yang diadukan itu tidak disahkan, Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan memaklumkan pengadu;
(b) salah laku itu merupakan suatu kesalahan tatatertib, Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan membuat suatu syor tentang hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai penguat kuasa yang berkenaan itu dan merujukkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakannya; atau
(c) salah laku itu merupakan suatu kesalahan jenayah, Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan mengumpulkan laporan dan kertas penyiasatannya dan merujukkan perkara itu kepada Pendakwa Raya.
(2) Jika Suruhanjaya telah merujukkan sesuatu perkara kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan di bawah perenggan (1)(b), Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah memaklumkan Suruhanjaya mengenai tindakannya dan alasan mengenai keputusannya dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan dapatan dan syor itu.
(3) Jika Suruhanjaya telah merujukkan sesuatu perkara kepada Pendakwa Raya di bawah perenggan (1)(c), Pendakwa Raya hendaklah menyampaikan keputusannya kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan dapatan, laporan dan kertas penyiasatan itu.
(4) Jika sesuatu pertuduhan dibuat oleh Pendakwa Raya, apa-apa keterangan yang didapati oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini boleh, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, digunakan bagi maksud prosiding jenayah.
(5) Suruhanjaya hendaklah mengumumkan dapatannya kepada orang ramai dan memaklumkan pengadu mengenai dapatannya dan apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tatatertib atau Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.
Text as at 8 September 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).