My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 15

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 15

s 15 Governor and Deputy Governor

(1) The Governor shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong and the Deputy Governors by the Minister. (2) The Governor and Deputy Governors shall be persons of impeccable reputation with proven experience and recognized knowledge in monetary or financial matters. (3) The Governor and Deputy Governors shall be appointed on such terms and conditions as provided for in their respective letters of appointment. (4) The Governor shall be appointed for a term of five years and the Deputy Governors shall each be appointed for a term of three years. (5) The Governor and Deputy Governors shall be eligible for reappointment. (6) The Governor shall manage the Bank and may, unless otherwise provided under this Act or any other written law, exercise all powers and do all acts which may be exercised or done by the Bank under this Act or such written law. (7) During the absence of the Governor or inability of the Governor to act due to any cause, the Deputy Governor designated by the Board, on the recommendation of the Board Governance Committee, shall manage the Bank and exercise all powers and do all acts which may be exercised or done by the Governor under subsection (6). (8) The Governor and Deputy Governors shall, unless provided otherwise under this Act, devote the whole of their professional time to the service of the Bank and while holding office shall not occupy any other office or employment whether remunerated or not: Provided that they may if so appointed with the approval of the Minister— (a) become directors, governors or members of a board, by whatever name called, or of a committee or task force of any international financial institution or international organization which the Government or Bank participates in or is a member of or to which the Government has adhered or given support or approval; (b) become directors of any corporation which is established by the Bank under this Act or of any corporation in Malaysia which the Bank has acquired or holds shares in; (c) become members of any committee or commission referred to in subsection 70(1); or (d) become members of any charitable or educational organisation. (9) Notwithstanding subsection (8) or any other provision in this Act, the Governor or Deputy Governors may be appointed by any written law to exercise such powers, discharge such duties, and perform such functions under any written law, and to be conferred with such title of office as may be set out in such written law. (10) The Governor and Deputy Governors shall be accountable to the Board for their acts and decisions. (11) The Governor may resign from office by notice in writing under his hand addressed to the Yang di-Pertuan Agong and in the case of a Deputy Governor by notice in writing under his hand addressed to the Minister.

Malay text (authoritative)

Gabenor dan Timbalan Gabenor

(1) Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Gabenor oleh Menteri. (2) Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah orang yang mempunyai reputasi yang sungguh baik dengan pengalaman yang telah terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam hal monetari atau kewangan. (3) Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah dilantik atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing. (4) Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama lima tahun dan Timbalan Gabenor hendaklah setiap seorang dilantik bagi tempoh selama tiga tahun. (5) Gabenor dan Timbalan Gabenor adalah layak untuk dilantik semula. (6) Gabenor hendaklah menguruskan Bank dan boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Bank di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis itu. (7) Semasa ketiadaan Gabenor atau Gabenor tidak berdaya untuk bertindak atas apa-apa sebab, Timbalan Gabenor yang ditentukan oleh Lembaga, atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, hendaklah menguruskan Bank dan menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Gabenor di bawah subseksyen (6). (8) Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini, menumpukan sepenuh masa profesional mereka kepada perkhidmatan Bank dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak: Dengan syarat bahawa mereka boleh jika dilantik sedemikian dengan kelulusan Menteri— (a) menjadi pengarah, gabenor atau anggota sesuatu lembaga, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, atau sesuatu jawatankuasa atau pasukan petugas mana-mana institusi kewangan antarabangsa atau organisasi antarabangsa yang disertai oleh Kerajaan atau Bank atau yang dianggotai oleh Kerajaan atau Bank atau yang dengannya Kerajaan terikat atau kepadanya Kerajaan memberikan sokongan atau kelulusan; (b) menjadi pengarah mana-mana perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah Akta ini atau mana-mana perbadanan di Malaysia yang diperoleh oleh Bank atau yang syer dalamnya dipegang oleh Bank; (c) menjadi anggota mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen 70(1); atau (d) menjadi anggota mana-mana organisasi khairat atau pendidikan. (9) Walau apa pun subseksyen (8) atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Gabenor atau Timbalan Gabenor boleh dilantik oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan apaapa kuasa, menunaikan apa-apa kewajipan, dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan diberi apa-apa gelaran jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis itu. (10) Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga bagi perbuatan dan keputusan mereka. (11) Gabenor boleh meletakkan jawatan melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong dan dalam hal seseorang Timbalan Gabenor melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next