Central Bank of Malaysia Act 2009 s 16
s 16 Appointment of director
(1) The directors referred to in paragraph 14(3)(c) shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Minister on such terms and conditions as provided for in their respective letters of appointment.
(2) Before giving advice on an appointment of a person to the office of director under subsection (1), the Minister shall have regard to—
(a) that person’s probity and standing;
(b) that person’s knowledge, skill and experience in banking, economics or finance; and
(c) the likelihood of any conflict between the interests of the Bank and any interest which that person has or represents.
(3) A director shall, at all times, act honestly and in the best interest of the Bank and use reasonable diligence in the discharge of the duties of his office.
(4) A director shall not make improper use of any information acquired or exercise any improper influence by virtue of his position as a director to gain, directly or indirectly, an advantage for himself or for any other person.
(5) A director shall not act as representative or delegate on the Board from any commercial, financial, agricultural, industrial or other interests with which he may be connected:
Provided that the prohibition shall not extend to any director holding or for the time being acting in the office of Secretary General to the Treasury.
(6) Except as provided in paragraph 17(2)(a), a director appointed under subsection (1) shall hold office for a term of three years and shall be eligible for reappointment.
(7) The directors appointed under subsection (1) shall be paid by the Bank such remuneration and allowances as may be approved by the Minister.
(8) A director may resign from office by notice in writing under his hand addressed to the Yang di-Pertuan Agong.
Malay text (authoritative)
Pelantikan pengarah
(1) Pengarah yang disebut dalam perenggan 14(3)(c) hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.
(2) Sebelum memberikan nasihat mengenai pelantikan seseorang ke jawatan pengarah di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah mengambil kira—
(a) kejujuran dan kedudukan orang itu;
(b) pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perbankan, ekonomi atau kewangan; dan
(c) kemungkinan terdapat apa-apa percanggahan antara kepentingan Bank dengan apa-apa kepentingan yang dimiliki atau diwakili oleh orang itu.
(3) Seseorang pengarah hendaklah, pada setiap masa, bertindak secara jujur dan demi kepentingan Bank dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan kewajipan jawatannya.
(4) Seseorang pengarah tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya sebagai seorang pengarah untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.
(5) Seseorang pengarah tidak boleh bertindak sebagai wakil atau perwakilan dalam Lembaga daripada mana-mana kepentingan komersial, kewangan, pertanian, perindustrian atau kepentingan lain yang dengannya dia mempunyai kaitan:
Dengan syarat bahawa larangan itu tidak terpakai bagi manamana pengarah yang memegang atau pada masa yang berkenaan sedang memangku jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
(6) K e c u a l i s e b a g a i m a n a y a n g d i p e r u n t u k k a n d a l a m perenggan 17(2)(a), pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan bagi tempoh selama tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
(7) Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh Bank apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.
(8) Seseorang pengarah boleh meletakkan jawatan melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).