My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 17

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 17

s 17 Disqualification of Governor, Deputy Governor and director

(1) No person shall be appointed or shall remain as Governor, Deputy Governor or other director of the Bank if he— (a) is or becomes a member of the Senate or House of Representatives or any Legislative Assembly; (b) subject to paragraph (2)(a), is or becomes a public officer; (c) subject to paragraph (2)(b), is or becomes an officer or a director of any entity under the supervision of the Bank; (d) is convicted of a criminal offence involving dishonesty or of any criminal offence for which he has been sentenced to imprisonment; (e) is or becomes bankrupt or suspends payment or compounds with his creditors; (f) is or becomes involved in any activity which may interfere with his independence in discharging his duties; or (g) is not a Malaysian citizen. (2) Notwithstanding subsection (1)— (a) a director appointed under subsection 16(1) may be the person holding the office of Secretary General to the Treasury, and notwithstanding subsection 16(6) shall remain a member of the Board for so long as he holds the office of Secretary General to the Treasury or for such lesser time as may be provided in his letter of appointment; and (b) a Deputy Governor appointed with the approval of the Board to the board of any body corporate established or acquired by the Bank under section 48 shall not be required to vacate his office as member of the Board. (3) The Yang di-Pertuan Agong may terminate the appointment of the Governor or any director appointed under subsection 16(1), and the Minister may terminate the appointment of any Deputy Governor, if he— (a) becomes of unsound mind or incapable of carrying out his duties; (b) is guilty of serious misconduct in relation to his duties; (c) is absent, except on leave granted by the Minister in the case of the Governor, or by the Governor in the case of all other directors, from all meetings of the Board held during two consecutive months or during any three months in any period of twelve months; (d) fails to comply with his obligations under section 20; or (e) is disqualified under subsection (1).

Malay text (authoritative)

Kehilangan kelayakan Gabenor, Timbalan Gabenor dan pengarah

(1) Tiada seorang pun boleh dilantik atau terus kekal sebagai Gabenor, Timbalan Gabenor atau pengarah lain Bank jika dia— (a) ialah atau menjadi seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan; (b) tertakluk kepada perenggan (2)(a), ialah atau menjadi seorang pegawai awam; (c) tertakluk kepada perenggan (2)(b), ialah atau menjadi seorang pegawai atau seorang pengarah mana-mana entiti di bawah pengawasan Bank; (d) telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan; (e) ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya; (f) terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau (g) bukan seorang warganegara Malaysia. (2) Walau apa pun subseksyen (1)— (a) seorang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) boleh merupakan seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan walau apa pun subseksyen 16(6) hendaklah terus kekal sebagai anggota Lembaga selagi dia masih memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau bagi apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikannya; dan (b) seorang Timbalan Gabenor yang dilantik dengan kelulusan Lembaga kepada lembaga mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah seksyen 48 tidaklah dikehendaki untuk mengosongkan jawatannya sebagai anggota Lembaga. (3) Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan pelantikan Gabenor atau mana-mana pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1), dan Menteri boleh menamatkan pelantikan mana-mana Timbalan Gabenor, jika dia— (a) menjadi tidak siuman atau tidak upaya untuk menjalankan kewajipannya; (b) bersalah atas salah laku serius berhubung dengan kewajipannya; (c) tidak hadir, kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh Menteri dalam hal Gabenor, atau oleh Gabenor dalam hal kesemua pengarah lain, dalam semua mesyuarat Lembaga yang diadakan dalam tempoh dua bulan berturut-turut atau dalam tempoh mana-mana tiga bulan dalam manamana tempoh dua belas bulan; (d) tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 20; atau (e) hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next