My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 19

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 19

s 19 Meetings of Board

(1) The Governor shall be the chairman of the Board and in his absence, the directors present shall elect a chairman among the directors appointed under subsection 16(1) and the person so elected shall preside and have all the powers of the chairman. (2) The Board may meet as often as necessary but not less than once in each month. (3) The chairman or any other director may, at any time, call a meeting of the Board. (4) The person calling a meeting shall ensure that— (a) each director is given at least three days’ notice of the meeting; or (b) if the meeting is to be convened as a matter of urgency, the directors agree to waive the requirement under paragraph (a). (5) At any meeting of the Board, the quorum shall be five directors, the majority of whom shall be directors appointed under subsection 16(1) and decisions shall be adopted by a simple majority of the votes of the directors present and voting: Provided that in the case of an equality of votes, the chairman shall have a casting vote. (6) The chairman of the Board may authorize a director to use live video, television links or other appropriate communication or multimedia facilities to participate in any meeting of the Board where, prior to the meeting, the director, by notification to the chairman, has requested for such authorization and the director shall be treated as being present for the meeting. (7) A resolution in writing, signed by all of the directors, shall be as valid and effectual as if it had been passed at a meeting of the Board duly convened and held and any such resolution may consist of several documents in like form, each signed by one or more directors.

Malay text (authoritative)

Mesyuarat Lembaga

(1) Gabenor hendaklah menjadi pengerusi Lembaga dan semasa ketiadaannya, pengarah-pengarah yang hadir hendaklah memilih seorang pengerusi daripada kalangan pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) dan orang yang dipilih sedemikian hendaklah menjadi pengerusi dan mempunyai segala kuasa pengerusi. (2) Lembaga boleh bermesyuarat seberapa kerap yang perlu tetapi tidak kurang daripada sekali dalam setiap bulan. (3) Pengerusi atau mana-mana pengarah lain boleh, pada bilabila masa, memanggil suatu mesyuarat Lembaga. (4) Orang yang memanggil suatu mesyuarat hendaklah memastikan bahawa— (a) setiap pengarah diberi notis sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat itu; atau (b) jika mesyuarat akan diadakan sebagai suatu hal mendesak, pengarah-pengarah bersetuju untuk mengabaikan kehendak di bawah perenggan (a). (5) Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, kuorum ialah lima orang pengarah, yang majoritinya ialah pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) dan keputusan hendaklah diambil melalui majoriti mudah undian pengarah-pengarah yang hadir dan mengundi: Dengan syarat bahawa dalam hal bilangan undi sama banyak, pengerusi hendaklah mempunyai suatu undi pemutus. (6) Pengerusi Lembaga boleh membenarkan seseorang pengarah untuk menggunakan video secara langsung, rangkaian televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia lain yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu, pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada pengerusi, telah memohon kebenaran itu dan pengarah itu hendaklah dikira sebagai hadir bagi mesyuarat itu. (7) Suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua pengarah, hendaklah menjadi sah dan berkesan seolah-olah ia telah diluluskan pada suatu mesyuarat Lembaga yang dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan apa-apa ketetapan itu boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk serupa yang ditandatangani setiap satunya oleh seorang pengarah atau lebih.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next