(1) Where the Bank considers it necessary in the interest of financial stability, the Bank may issue an order in writing requiring any person to take such measures as the Bank may consider necessary or appropriate to avert or reduce any risk to financial stability.
(2) Before issuing an order under subsection (1), the Bank shall give the person an opportunity to make representation.
(3) N o t w i t h s t a n d i n g s u b s e c t i o n ( 2 ) , a n o r d e r u n d e r subsection (1) may be issued first and the opportunity to make representations shall be given immediately after the order has been issued if any delay would aggravate the risk to financial stability.
(4) An order issued under subsection (1) may be amended or modified where the representation is made after the order is issued.
(5) Any person who fails to comply with subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.
Malay text (authoritative)
Perintah kestabilan kewangan
(1) Jika Bank berpendapat ia perlu demi kepentingan kestabilan kewangan, Bank boleh mengeluarkan suatu perintah secara bertulis yang menghendaki mana-mana orang untuk mengambil apa-apa langkah yang dianggap perlu atau sesuai oleh Bank untuk mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan.
(2) Sebelum mengeluarkan perintah di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah memberi orang itu peluang untuk membuat representasi.
(3) Walau apa pun subseksyen (2), suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dikeluarkan dahulu dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberi sebaik selepas perintah itu dikeluarkan jika apa-apa kelengahan akan menambahkan lagi risiko kepada kestabilan kewangan.
(4) Suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh dipinda atau diubahsuaikan jika representasi itu dibuat selepas perintah itu dikeluarkan.
(5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).