My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 36

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 36

s 36 Additional provisions relating to subparagraph 32(1)(c)(iii)

(1) The Third Schedule shall apply in relation to an order of the Bank under subparagraph 32(1)(c)(iii) and such order shall be binding on all persons to whom the order is made or who are affected by the order regardless that such persons had no notice of any circumstances which led to the making of the order, or had no opportunity to be heard by, or make any representation to, the Bank regarding the order. (2) T h i s s e c t i o n s h a l l h a v e f u l l f o r c e a n d e f f e c t notwithstanding— (a) any conflict or inconsistency between this section and any other provision of this Act; (b) anything contained in any law including the law by or under which the financial institution is constituted, established, incorporated or registered; or (c) anything contained in the constituent document of the financial institution or in any contract entered into by or on behalf of the financial institution or in any contract affecting the shares or other capital instruments issued by or otherwise relating to the financial institution. (3) Where the Bank makes an order to a financial institution referred to in subparagraph 32(1)(c)(iii), the Bank shall give notice of such order by publication in at least two daily newspapers published in Malaysia, one of which shall be in the national language. (4) The notice under subsection (3) shall include the transacted price of the transfer and the right of any affected person to appeal under subsection (11) on the transacted price to the Assessor Committee constituted under subsection (12). (5) The transacted price referred to in subsection (4) shall be determined by an independent valuer. (6) Subject to subsection (14), the transferee and the transferor shall mutually agree on the person to be appointed by the Bank as the independent valuer under subsection (5). (7) Where an agreement under subsection (6) cannot be reached between the transferee and the transferor within a period the Bank determines to be reasonable, the appointment of an independent valuer shall be made by the Minister upon the matter being referred to him by the Bank and the decision of the Minister shall be final. (8) The remuneration of the independent valuer appointed under subsection (6) or (7) shall be payable out of the transacted price unless otherwise determined by the Bank. (9) In determining the transacted price under subsection (5) for the business, assets, liabilities, shares or other capital instruments of the transferor, the independent valuer shall— (a) have regard to matters which the independent valuer considers relevant including the prevailing market conditions for sale or disposal of similar business, assets, liabilities, shares or other capital instruments of the transferor; and (b) disregard any benefit derived from any special financial assistance provided directly or indirectly by the Bank or the Government to the transferor. (10) Notwithstanding subsection (9), where the transferor is insolvent and the whole of the business, assets or liabilities of the transferor are vested under subparagraph 32(1)(c)(iii), a consideration of one ringgit shall be deemed to be reasonable as the transacted price under subsection (5). (11) Any person aggrieved by the transacted price may, within twenty-one days from the date of publication of the notice under subsection (3), appeal on the transacted price to the Assessor Committee constituted under subsection (12) by submitting the appeal in writing to the Bank. (12) Where any person appeals under subsection (11), the Bank shall constitute an Assessor Committee consisting of three independent persons as members of the Assessor Committee, drawn from a panel of ten persons appointed by the Minister on the recommendation of the Board Governance Committee, and refer the appeal to the Assessor Committee. (13) The Assessor Committee constituted under subsection (12) may determine its own procedures. (14) Where the vesting under subparagraph 32(1)(c)(iii) is to be in the Bank or a body corporate established by the Bank under paragraph 48(1)(d), the independent valuer referred to in subsection (5) shall be appointed by the Minister. (15) A vesting of the business, assets, liabilities, shares or other capital instruments of a transferor under subparagraph 32(1)(c)(iii) shall take effect despite any appeal under subsection (11), or any decision made by the Assessor Committee. (16) The Bank may, as it deems necessary, in exercising its powers under subparagraph 32(1)(c)(iii) in relation to a transferor, by order in writing— (a) remove from office, with effect from such date as may be specified in the order, any director, officer or employee of the transferor; (b) vary or terminate the contract of service of any director, officer or employee of the transferor as may be specified in the order; or (c) appoint any person as a director, officer or employee of the transferor subject to such terms and conditions as the Bank may specify. (17) Before exercising its powers under subsection (16), the Bank shall give the director, officer or employee of such transferor an opportunity to make representation. (18) For purposes of this section— “transacted price” means the price at which the whole or part of the business, assets or liabilities of, or all or any of the shares or other capital instruments of a financial institution referred to in subparagraph 32(1)(c)(iii) is vested in the transferee; “transferee” means the Bank, a body corporate established by the Bank under paragraph 48(1)(d), a financial institution, or any other person, as the case may be, in which is vested under subparagraph 32(1)(c)(iii) the whole or part of the business, assets or liabilities of, or all or any of the shares or other capital instruments issued by the financial institution which has ceased to become viable or which the Bank considers likely to become non-viable; “transferor” means the financial institution under subparagraph 32(1)(c)(iii) which has ceased to become viable or which the Bank considers likely to become non-viable, the shareholders of such financial institution or the holders of the capital instruments of such financial institution, as the case may be.

Malay text (authoritative)

Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan subperenggan 32(1)(c)(iii)

(1) Jadual Ketiga hendaklah terpakai berhubung dengan suatu perintah Bank di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) dan perintah itu hendaklah mengikat semua orang yang baginya perintah itu dibuat atau yang tersentuh oleh perintah itu tidak kira bahawa orang itu tidak mengetahui mengenai apa-apa hal keadaan yang menyebabkan perintah itu dibuat, atau tidak mempunyai peluang untuk didengar oleh, atau untuk membuat apa-apa representasi kepada, Bank berhubung dengan perintah itu. (2) Seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan berkesan sepenuhnya walau apa pun— (a) apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara seksyen ini dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini; (b) apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undangundang termasuk undang-undang yang dengannya atau di bawahnya institusi kewangan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan atau didaftarkan; atau (c) apa-apa yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang menyentuh syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh atau selainnya yang berhubungan dengan institusi kewangan itu. (3) Jika Bank membuat suatu perintah bagi suatu institusi kewangan yang disebut dalam subperenggan 32(1)(c)(iii), Bank hendaklah memberikan notis mengenai perintah itu melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang diterbitkan di Malaysia, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan. (4) Notis di bawah subseksyen (3) hendaklah termasuk harga urus niaga bagi pemindahan itu dan hak mana-mana orang yang terjejas untuk merayu di bawah subseksyen (11) mengenai harga urus niaga itu kepada Jawatankuasa Pentaksir yang dibentuk di bawah subseksyen (12). (5) Harga urus niaga yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah ditentukan oleh seorang penilai bebas. (6) Tertakluk kepada subseksyen (14), penerima pindahan dan pemindah hendaklah sama-sama bersetuju tentang orang yang akan dilantik oleh Bank sebagai penilai bebas di bawah subseksyen (5). (7) Jika suatu persetujuan di bawah subseksyen (6) tidak dicapai antara penerima pindahan dengan pemindah dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank sebagai munasabah, pelantikan seorang penilai bebas hendaklah dibuat oleh Menteri apabila perkara itu dirujukkan kepadanya oleh Bank dan keputusan Menteri adalah muktamad. (8) Saraan penilai bebas yang dilantik di bawah subseksyen (6) atau (7) hendaklah dibayar daripada harga urus niaga itu melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank. (9) Dalam menentukan harga urus niaga di bawah subseksyen (5) bagi perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah itu, penilai bebas itu hendaklah— (a) mengambil kira perkara yang difikirkan berkaitan oleh penilai bebas termasuk keadaan pasaran semasa bagi jualan atau pelupusan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah itu yang serupa; dan (b) tidak mengambil kira apa-apa faedah yang diperoleh daripada apa-apa bantuan kewangan khas yang disediakan secara langsung atau tidak langsung oleh Bank atau Kerajaan kepada pemindah itu. (10) Walau apa pun subseksyen (9), jika pemindah itu tidak solven dan keseluruhan perniagaan, aset atau liabiliti pemindah itu diletakhakkan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii), balasan sebanyak satu ringgit hendaklah disifatkan munasabah sebagai harga urus niaga di bawah subseksyen (5). (11) Mana-mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga itu boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyiaran notis di bawah subseksyen (3), merayu tentang harga urus niaga itu kepada Jawatankuasa Pentaksir yang dibentuk di bawah subseksyen (12) dengan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Bank. (12) Jika mana-mana orang merayu di bawah subseksyen (11), Bank hendaklah membentuk suatu Jawatankuasa Pentaksir yang terdiri daripada tiga orang bebas sebagai anggota Jawatankuasa Pentaksir itu, yang dipilih daripada panel sepuluh orang yang dilantik oleh Menteri atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, dan merujukkan rayuan itu kepada Jawatankuasa Pentaksir itu. (13) Jawatankuasa Pentaksir yang dibentuk di bawah subseksyen (12) boleh menentukan tatacaranya sendiri. (14) Jika peletakhakan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) adalah pada Bank atau suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (5) hendaklah dilantik oleh Menteri. (15) Peletakhakan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) hendaklah berkuat kuasa tidak kira apa-apa rayuan di bawah subseksyen (11), atau apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pentaksir. (16) Bank boleh, sebagaimana yang disifatkannya perlu, dalam menjalankan kuasanya di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) berhubung dengan pemindah, melalui perintah secara bertulis— (a) menyingkirkan daripada jawatan, berkuat kuasa dari apaapa tarikh sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu, mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu; (b) mengubah atau menamatkan kontrak perkhidmatan manamana pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu; atau (c) melantik mana-mana orang sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. (17) Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (16), Bank hendaklah memberi pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu peluang untuk membuat representasi. (18) Bagi maksud seksyen ini— “harga urus niaga” ertinya harga yang padanya keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan yang disebut dalam subperenggan 32(1)(c)(iii) diletakhakkan pada penerima pindahan; “pemindah” ertinya institusi kewangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju, pemegang syer institusi kewangan itu atau pemegang instrumen modal institusi kewangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; “penerima pindahan” ertinya Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), suatu institusi kewangan, atau mana-mana orang lain, mengikut manamana yang berkenaan, yang padanya diletakhakkan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next