My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 38

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 38

s 38 Powers and functions of the Financial Stability Executive Committee

(1) The Bank shall table the following proposals at a meeting of the Financial Stability Executive Committee: (a) a proposal in respect of a person or financial institution, as the case may be, which is under the supervision or oversight of any other supervisory authority, or is not under the supervision or oversight of the Bank or any other supervisory authorityβ€” (i) under subsection 31(1) for an order to be issued to such person; or (ii) under paragraph 32(1)(a) for the provision of liquidity assistance to such financial institution; (b) a proposal under paragraph 32(1)(b) to enter into arrangements in relation to subsidiaries or branches outside Malaysia of a financial institution established in Malaysia; (c) a proposal under subparagraph 32(1)(c)(i) for the purchase or subscription of shares or other capital instruments of a financial institution; (d) a proposal under subparagraph 32(1)(c)(ii) for the provision of financing for the purchase of business, assets, liabilities, shares or other capital instruments of another financial institution; and (e) a proposal under subparagraph 32(1)(c)(iii) for an order to vest the business, assets, liabilities, shares or other capital instruments of a financial institution in the Bank, a body corporate established by the Bank under paragraph 48(1)(d), another financial institution or any other person. (2) The Financial Stability Executive Committee may decide to accept any proposal tabled at the meeting of the Committee under subsection (1), reject the proposal or require the Bank to table another proposal for the consideration of the Committee and the Bank shall act in accordance with the decision of the Committee.

Malay text (authoritative)

Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan

(1) Bank hendaklah membentangkan cadangan yang berikut pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan: (a) suatu cadangan berkenaan dengan seseorang atau sesuatu institusi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang di bawah penyeliaan atau pengawasan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain, atau bukan di bawah penyeliaan atau pengawasan Bank atau manamana pihak berkuasa penyeliaan lainβ€” (i) di bawah subseksyen 31(1) bagi suatu perintah yang hendak dikeluarkan kepada mana-mana orang itu; atau (ii) di bawah perenggan 32(1)(a) bagi peruntukan bantuan kecairan kepada institusi kewangan itu; (b) suatu cadangan di bawah perenggan 32(1)(b) untuk membuat perkiraan berhubung dengan subsidiari atau cawangan di luar Malaysia institusi kewangan yang ditubuhkan di Malaysia; (c) suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(i) bagi pembelian atau langganan syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan; (d) suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(ii) bagi peruntukan pembiayaan untuk pembelian perniagaan, aset, liabiliti, syer atau apa-apa instrumen modal lain suatu institusi kewangan lain; dan (e) suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) bagi suatu perintah untuk meletak hakkan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan pada Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1) (d), suatu institusi kewangan lain atau mana-mana orang lain. (2) Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan boleh memutuskan untuk menerima apa-apa cadangan yang dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa di bawah subseksyen (1), menolak cadangan itu atau menghendaki Bank untuk membentangkan cadangan yang lain untuk pertimbangan Jawatankuasa itu dan Bank hendaklah bertindak mengikut keputusan Jawatankuasa itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 1 β†’

Find Act 701 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next