Central Bank of Malaysia Act 2009 s 40
s 40 Arrangements with other supervisory authorities
(1) For the purposes of promoting financial stability, the Bank may—
(a) enter into arrangements to co-operate with other supervisory authorities and co-ordinate financial stability measures with such supervisory authorities; and
(b) obtain any information or document from, or share any information or document with, any other supervisory authority if the Bank considers it necessary that such information or document be so obtained or shared.
(2) Where the Bank shares any information or document under paragraph (1)(b)—
(a) with any supervisory authority in Malaysia, such information or document shall not be disclosed to any person except with the written consent of the Bank; or
(b) with any supervisory authority outside Malaysia, such supervisory authority shall give an appropriate undertaking for protecting the confidentiality of such information or document and the purposes for which the information or document may be used.
Malay text (authoritative)
Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain
(1) Bagi maksud menggalakkan kestabilan kewangan, Bank boleh—
(a) membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan lain dan menyelaraskan langkah kestabilan kewangan dengan pihak berkuasa penyeliaan itu; dan
(b) mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen daripada, atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan, mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain jika pada pendapat Bank perlu untuk mendapatkan atau berkongsi maklumat atau dokumen itu.
(2) Jika Bank berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen di bawah perenggan (1)(b)—
(a) dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di Malaysia, maklumat atau dokumen itu tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Bank; atau
(b) dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di luar Malaysia, pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah memberikan suatu aku janji yang sesuai bagi melindungi kerahsiaan maklumat atau dokumen itu dan maksud yang baginya maklumat atau dokumen itu boleh digunakan.
Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →
Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).