My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 47

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 47

s 47 Credit bureau

(1) The Bank may establish a credit bureau to collect, in such manner and to such extent as the Bank thinks fit, credit information (including information on and relating to the rejection of any cheque by a paying bank by reason of insufficiency of funds in the account of the drawer of the cheque) or any other information which the Bank considers relevant in the assessment of the creditworthiness of the customers of any financial institution. (2) Notwithstanding section 86, the Bank may disclose, in such manner and to such extent as the Bank thinks fit, the credit information to— (a) any financial institution for the purpose of assisting in assessing the creditworthiness of its existing and potential customers or for the purpose of assisting a financial institution to assess the eligibility of a customer to maintain or open a current account with the financial institution being a financial institution authorized by the Bank to operate a current account, provided that the information disclosed by the Bank shall be secret between the Bank and the financial institution unless the financial institution is requested by a customer to disclose the information in respect of the customer’s account; (b) a customer of a financial institution in respect of his own account, or as the Bank thinks fit, to a customer or any person in respect of any account in which such customer or person has incurred any financial obligation, for the purpose of verifying the accuracy of the credit information provided by the financial institution, or for any other purpose as the Bank thinks fit, provided that the information disclosed by the Bank to such customer or person in respect of any account in which such customer or person has incurred any financial obligation shall be secret between the Bank and the customer or person concerned; (c) any credit reporting agency which is registered under any law relating to credit reporting agencies, as the Bank thinks fit, for the purpose of providing credit reporting or credit assessment services, or for any other purpose as the Bank thinks fit, provided that the information disclosed by the Bank shall be secret between the Bank and the credit reporting agency and provided further that the consent of the customer shall be obtained for the disclosure of the information in respect of his account; (d) such other person as the Bank thinks fit, in order to compile information or data or conduct research for the purpose of giving effect to the objects and carrying out the functions of the Bank under this Act, provided that any publication by the Bank or such other person of the information, data or research shall be consolidated or aggregated and shall not in any manner lead to the identification of any customer of a financial institution to which such information, data or research relate; and (e) such other person as the Bank considers necessary in respect of the account of a customer of a financial institution, for any purpose as the Bank thinks fit, provided that the customer of the financial institution has given his or its consent for the disclosure of the information in respect of his or its account. (3) No action, suit, prosecution or other proceeding shall lie or be brought, instituted or maintained in any court or before any other authority against the Bank on account of or in respect of any act done or statement made or omitted to be done or made under this section if the act or statement was done or made or omitted to be done or made in good faith. (4) Any director, officer or employee of the Bank, a financial institution or a credit reporting agency or any person referred to in paragraph (2)(d) or (e) to whom any credit information has been disclosed who fails to comply with the conditions provided for in the same provision commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit.

Malay text (authoritative)

Biro kredit

(1) Bank boleh menubuhkan suatu biro kredit untuk mengumpulkan, mengikut apa-apa cara dan setakat yang difikirkan patut oleh Bank, maklumat kredit (termasuk maklumat tentang dan yang berhubungan dengan penolakan apa-apa cek oleh sesuatu bank pembayar oleh sebab kekurangan wang dalam akaun penyuruh bayar cek itu) atau apa-apa maklumat lain yang dianggap berkaitan oleh Bank dalam penilaian kepercayaan kredit pelanggan manamana institusi kewangan. (2) Walau apa pun seksyen 86, Bank boleh menzahirkan, mengikut apa-apa cara dan setakat yang difikirkan patut oleh Bank, maklumat kredit kepada— (a) mana-mana institusi kewangan bagi maksud membantu dalam menilai kepercayaan kredit pelanggannya yang sedia ada dan berpotensi atau bagi maksud membantu sesuatu institusi kewangan untuk menilai kelayakan pelanggan untuk menyenggara atau membuka suatu akaun semasa dengan institusi kewangan yang merupakan suatu institusi kewangan yang diberi kuasa oleh Bank untuk mengendalikan akaun semasa, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank itu adalah rahsia antara Bank dengan institusi kewangan itu melainkan jika institusi kewangan itu diminta oleh seorang pelanggan untuk menzahirkan maklumat itu berkenaan dengan akaun pelanggan itu; (b) pelanggan sesuatu institusi kewangan berkenaan dengan akaunnya sendiri, atau sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, kepada seorang pelanggan atau mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa akaun yang pelanggan atau orang itu menanggung apa-apa obligasi kewangan, bagi maksud mengesahkan ketepatan maklumat kredit yang diberikan oleh institusi kewangan itu, atau bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank kepada pelanggan atau orang itu berkenaan dengan apa-apa akaun yang pelanggan atau orang itu menanggung apa-apa obligasi kewangan adalah rahsia antara Bank dengan pelanggan atau orang yang berkenaan itu; (c) mana-mana agensi pelaporan kredit yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan agensi pelaporan kredit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, bagi maksud menyediakan perkhidmatan pelaporan kredit atau penilaian kredit, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank itu adalah rahsia antara Bank dengan agensi pelaporan kredit itu dan dengan syarat selanjutnya bahawa persetujuan pelanggan hendaklah diperoleh bagi penzahiran maklumat berkenaan dengan akaunnya; (d) mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Bank, untuk mengumpulkan maklumat atau data atau menjalankan penyelidikan bagi maksud melaksanakan matlamat dan menjalankan fungsi Bank di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa apa-apa penyiaran maklumat, data atau penyelidikan oleh Bank atau mana-mana orang lain itu hendaklah digabungkan atau diagregatkan dan tidak boleh dengan apa-apa cara membawa kepada pengenalpastian mana-mana pelanggan sesuatu institusi kewangan yang dengannya maklumat, data atau penyelidikan itu berkaitan; dan (e) mana-mana orang lain yang dianggap perlu oleh Bank berkenaan dengan akaun seorang pelanggan sesuatu institusi kewangan, bagi apa-apa maksud yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa pelanggan institusi kewangan itu telah memberikan persetujuannya bagi penzahiran maklumat berkenaan dengan akaunnya. (3) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap Bank kerana atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau yang ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat di bawah seksyen ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat dengan suci hati. (4) Mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Bank, sesuatu institusi kewangan atau sesuatu agensi pelaporan kredit atau mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (2)(d) atau (e) yang kepadanya apa-apa maklumat kredit telah dizahirkan yang tidak mematuhi syarat yang diperuntukkan dalam peruntukan yang sama melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next