My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 48

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 48

s 48 Establishment of body corporate, etc.

(1) Notwithstanding section 76, the Bank may— (a) establish a body corporate for the purpose of training, research and development of human resource in relation to banking and financial services; (b) establish a body corporate for the purposes of providing financial counselling, debt management services and education on financial management; (c) establish a body corporate or acquire, hold or sell shares of a body corporate, wholly or partly, to operate payment systems or issue payment instruments, and undertake any other ancillary or incidental function or activity, for the purpose of promoting and developing payment systems and payment instruments in Malaysia; (d) establish a body corporate or acquire or hold shares of a body corporate, wholly or partly, for the purposes of subparagraph 32(1)(c)(i), (ii) or (iii); and (e) with the approval of the Minister on the recommendation of the Board, and subject to section 50, establish a body corporate or acquire, hold or sell shares of a body corporate, wholly or partly, for the purposes of giving effect to its objects and carrying out its functions under this Act. (2) The Bank may— (a) grant, donate or provide financing as may be necessary for the establishment or operations of a body corporate established under paragraphs (1)(a) and (b) and create and manage a fund to meet the expenses of such body corporate; (b) provide financing as may be necessary for the establishment or operations of a body corporate established or acquired under paragraph (1)(c) or (d); and (c) subject to section 50, provide financing as may be necessary for the establishment or operations of a body corporate established or acquired under paragraph (1)(e). (3) The Bank may only provide financing under paragraph (2)(b) to a body corporate established or acquired under paragraph (1)(c) which is wholly owned by the Bank. (4) The Bank may only provide financing under paragraph (2)(b) to a body corporate established or acquired under paragraph (1)(d) which is wholly owned by the Bank or jointly owned by the Bank and the Government. (5) The Moneylenders Act 1951 [Act 400] shall not apply to a body corporate established under paragraph (1)(d).

Malay text (authoritative)

Penubuhan pertubuhan perbadanan, dsb.

(1) Walau apa pun seksyen 76, Bank boleh— (a) menubuhkan pertubuhan perbadanan bagi maksud latihan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia berhubung dengan perkhidmatan perbankan dan kewangan; (b) menubuhkan pertubuhan perbadanan bagi maksud memberikan kaunseling kewangan, perkhidmatan pengurusan hutang dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan; (c) menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh, memegang atau menjual syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, untuk mengendalikan sistem pembayaran atau mengeluarkan instrumen pembayaran, dan menjalankan apa-apa fungsi atau aktiviti tambahan atau sampingan yang lain, bagi maksud menggalakkan dan membangunkan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran di Malaysia; (d) menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh atau memegang syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud subperenggan 32(1)(c)(i), (ii) atau (iii); dan (e) dengan kelulusan Menteri atas syor Lembaga, dan tertakluk kepada seksyen 50, menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh, memegang atau menjual syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. (2) Bank boleh— (a) memberi, menderma atau menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a) dan (b) dan mewujudkan dan menguruskan suatu dana untuk memenuhi perbelanjaan pertubuhan perbadanan itu; (b) menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(c) atau (d); dan (c) tertakluk kepada seksyen 50, menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(e). (3) Bank hanya boleh menyediakan pembiayaan di bawah perenggan (2)(b) kepada suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(c) yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank. (4) Bank hanya boleh menyediakan pembiayaan di bawah perenggan (2)(b) kepada suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(d) yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank atau dimiliki bersama oleh Bank dan Kerajaan. (5) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] tidak terpakai bagi suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(d).

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next