My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 73

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 73

s 73 Compliance with the Shariah

(1) The Bank may, in giving effect to its objects, carrying out its functions or conducting its business or affairs under this Act or any other written law, put in place such arrangements or take such measures as may be approved by the Shariah Advisory Council to ensure that such functions, business or affairs are in accordance with the Shariah. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), where any arrangements or measures under subsection (1) require— (a) the establishment of a corporation or a partnership; (b) the entering into any commercial, agricultural or industrial undertaking; or (c) transaction involving trade, bailment, sale, purchase, lease or sale and lease back, agency, endowment or other business or dealing involving services, intellectual property, commodities, other assets or properties, which is prohibited or not authorized by this Act, the Bank may, only for the purpose of carrying out its functions or conducting its business or affairs in accordance with the Shariah, put in place such arrangements or take such measures.

Malay text (authoritative)

Pematuhan Shariah

(1) Bank boleh, dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, membuat apa-apa perkiraan atau mengambil apa-apa langkah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah untuk memastikan bahawa apa-apa fungsi, urusan atau hal ehwal itu adalah mengikut Shariah. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), jika apa-apa perkiraan atau langkah di bawah subseksyen (1) menghendaki— (a) penubuhan suatu perbadanan atau suatu perkongsian; (b) supaya apa-apa aku janji komersial, pertanian atau perindustrian dibuat; atau (c) transaksi yang melibatkan perdagangan, bailmen, jualan, belian, pajakan atau jualan dan pajakan semula, agensi, endowmen atau perniagaan atau urus niaga lain yang melibatkan perkhidmatan, harta intelek, komoditi, aset atau harta lain, yang dilarang atau tidak dibenarkan oleh Akta ini, Bank boleh, hanya bagi maksud untuk menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya menurut Shariah, membuat apa-apa perkiraan atau mengambil langkah itu.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next