My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 77

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 77

s 77 Measures to safeguard monetary and financial stability

(1) Notwithstanding the provisions of this Act, the Board may, for the purpose of giving effect to the objects of the Bank or safeguarding the balance of payments position, by notice in writing give directions to, or impose requirements on, any person including financial institutions in respect of or relating to— (a) transactions between residents, non-residents or residents and non-residents, in ringgit or foreign currency, or involving gold, other precious metals, securities or other financial instruments including derivatives; or (b) the receipt, surrender or retention of foreign currency, gold or other precious metals. (2) For the purposes of this section— “foreign currency” shall have the meaning as in subsection 2(1) and in addition includes any document of a kind intended to enable the person to whom the document is issued to obtain foreign currency from some other person on the credit of the person issuing it, and in particular to any traveller’s cheque or other draft or letter of credit so intended; “non-resident” means— (a) any person other than a resident; (b) an overseas branch, subsidiary, regional office, sales office or representative office of a resident company; (c) Embassies, Consulates, High Commissions, supranational or international organizations; (d) a Malaysian citizen who has obtained permanent resident status of a country or territory outside Malaysia and is residing outside Malaysia; or (e) any other person as may be specified by the Bank to be a non-resident; “person” means a natural person, any corporation, statutory body, local authority, society, trade union, co-operative society, partnership or any other body, organization, association or group of persons, whether corporate or unincorporated and in addition includes the Government, any State Government or any other government; “resident” means— (a) a citizen of Malaysia, excluding a citizen who has obtained permanent resident status in a country or territory outside Malaysia and is residing outside Malaysia; (b) a non-citizen of Malaysia who has obtained permanent resident status in Malaysia and is ordinarily residing in Malaysia; (c) a body corporate incorporated or established, or registered with or approved by any authority, in Malaysia; (d) an unincorporated body registered with or approved by any authority in Malaysia; (e) the Government or any State Government; or (f) any other person as may be specified by the Bank to be a resident; “securities” means shares, stock, bonds, notes (other than promissory notes), debentures, debenture stock, units under a unit trust scheme, shares in an oil royalty, a secondary security and coupons whether in scripless form or in bearer certificates, including certificates of title to securities or any letter of allotment which may be renounced, any letter of rights, any warrants conferring an option to acquire a security, any deposit certificate in respect of securities and such other documents conferring, or containing evidence of, rights to securities as the Bank may prescribe; “transactions” include— (a) buying or selling; (b) borrowing or lending; (c) payment, transfer or settlement; (d) issuance, transfer or substitution of securities; (e) giving or obtaining financial guarantee, indemnity or similar undertaking in respect of any debt, obligation or liability; (f) any act which involves, is in association with, or is preparatory to, the matters in paragraphs (a), (b), (c), (d), (e) and (g); or (g) issuance of publication of advertisement of the matters in paragraphs (a), (b), (c), (d) and (e). (3) Any person who fails to comply with the directions or requirements of the Board under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Langkah bagi menjaga kestabilan monetari dan kewangan

(1) Walau apa pun peruntukan Akta ini, Lembaga boleh, bagi maksud melaksanakan matlamat Bank atau melindungi kedudukan imbangan pembayaran, melalui notis secara bertulis memberikan arahan kepada, atau mengenakan kehendak ke atas, mana-mana orang termasuk institusi kewangan berkenaan dengan atau yang berhubungan dengan— (a) transaksi antara pemastautin, bukan pemastautin atau pemastautin dengan bukan pemastautin, dalam ringgit atau mata wang asing, atau yang melibatkan emas, logam berharga lain, sekuriti atau instrumen kewangan lain termasuk terbitan; atau (b) penerimaan, serahan atau penahanan mata wang asing, emas atau logam berharga lain. (2) Bagi maksud seksyen ini— “bukan pemastautin” ertinya— (a) mana-mana orang selain seorang pemastautin; (b) suatu cawangan, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat perwakilan syarikat pemastautin di luar negara; (c) Kedutaan, Konsulat, Pesuruhjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa; (d) seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang menetap di luar Malaysia; atau (e) mana-mana orang lain yang boleh ditentukan oleh Bank sebagai seorang bukan pemastautin; “mata wang asing” hendaklah mempunyai erti seperti dalam subseksyen 2(1) dan sebagai tambahan termasuklah apa-apa dokumen daripada jenis yang dimaksudkan untuk membolehkan orang yang kepadanya dokumen itu dikeluarkan untuk mendapatkan mata wang asing daripada seseorang yang lain atas kredit daripada orang yang mengeluarkannya, dan khususnya apa-apa cek kembara atau draf atau surat kredit lain yang dimaksudkan sedemikian; “orang” ertinya orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain; “pemastautin” ertinya— (a) seorang warganegara Malaysia, tidak termasuk seorang warganegara yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang bermastautin di luar Malaysia; (b) seorang bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia; (c) suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan atau ditubuhkan, atau berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia; (d) suatu badan yang tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia; (e) Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri; atau (f) mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank sebagai seorang pemastautin; “sekuriti” ertinya syer, saham, bon, nota (selain nota janji hutang), debentur, saham debentur, unit di bawah suatu skim amanah saham, syer dalam royalti minyak, suatu sekuriti sekunder dan kupon sama ada dalam bentuk tidak berskrip atau mempunyai sijil pembawa, termasuk sijil hakmilik bagi sekuriti atau apa-apa surat perumpukan yang boleh dibatalkan, apa-apa surat hak, apaapa waran yang memberikan suatu opsyen untuk memperoleh suatu sekuriti, apa-apa sijil deposit berkenaan dengan sekuriti dan apa-apa dokumen lain yang memberikan, atau mengandungi keterangan mengenai, hak ke atas sekuriti sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank; “transaksi” termasuklah— (a) menjual atau membeli; (b) meminjam atau meminjamkan; (c) pembayaran, pemindahan atau penyelesaian; (d) terbitan, pindahan atau penggantian sekuriti; (e) pemberian atau pemerolehan jaminan kewangan, tanggung rugi atau aku janji seumpamanya berkenaan dengan apaapa hutang, obligasi atau liabiliti; (f) apa-apa perbuatan yang melibatkan, adalah bersama dengan, atau persediaan kepada, perkara dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e) dan (g); atau (g) pengeluaran penyiaran iklan mengenai perkara dalam perenggan (a), (b), (c), (d) dan (e). (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan atau kehendak Lembaga di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next