s 78 Record of international accounts
(1) For the purposes of giving effect to its objects and carrying out its functions under this Act, the Bank shall maintain a record of international accounts containing such data and information as the Bank may determine.
(2) For the purpose of maintaining the record of international accounts, the Bank shall have the power to require in writing at any time persons which, in the opinion of the Bank, having in their possession or under their custody or control, or has within their capacity to obtain, compile or submit, any data, information or document relating to the record of international accounts—
(a) to submit such data, information or document to the Bank; or
(b) to attend before an officer of the Bank to answer any enquiries in relation to such data, information or document.
(3) Any person who is required to submit any data, information or document under this section shall ensure that—
(a) such data, information or document submitted pursuant to any requirement under paragraph (2)(a); or
(b) any answer to any enquiry pursuant to any requirement under paragraph (2)(b),
is true, correct, complete and not misleading.
(4) Any person who is required to submit any data, information or document under this section shall comply with such requirement, notwithstanding the provisions of any written law whether enacted before or after the commencement of this Act or any oath, undertaking, or requirement of secrecy to the contrary or of any obligation under any contract, agreement or arrangement whether express or implied to the contrary.
(5) Any person shall not, in complying with the requirement to submit any information or document under subsection (4), be treated as being in breach of any such contract, agreement or arrangement.
(6) The Bank may publish in any manner it deems fit, consolidated statements of all or any part of the record of international accounts, aggregating the data, information or particulars in documents received or obtained under subsection (2), provided that such publication shall not in any manner lead to the identification of any person to which such data, information, or particulars relate.
(7) Notwithstanding section 88 or any other written law but without prejudice to subsection (6), any data, information or document received or obtained by the Bank under subsection (2) shall only be disclosed by the Bank for the purposes of maintaining the record of international accounts, giving effect to its principal objects or carrying out its primary functions under section 5, and shall not be otherwise disclosed by the Bank to any other person.
(8) For the purposes of this section—
(a) “person” means a natural person, any corporation, statutory body, local authority, society, trade union, co-operative society, partnership or any other body, organization, association or group of persons, whether corporate or unincorporate and in addition includes the Government, any State Government or any other government;
“record of international accounts” refers collectively to the records of balance of payments and international investment position of Malaysia;
“record of balance of payments” means a record of economic and financial transactions of Malaysia with any country, territory or place outside Malaysia during a period deemed appropriate by the Bank;
“record of international investment position” means the position of financial assets and liabilities of Malaysia with any country, territory or place outside Malaysia as at a date deemed appropriate by the Bank; and
(b) the Bank may determine—
(i) the economic and financial transactions which may be included or excluded from the record of balance of payments;
(ii) the external financial assets and liabilities of Malaysia which may be included or excluded from the record of international investment position; and
(iii) any territory or place as being in or outside Malaysia.
(9) Any person who fails to comply with the requirements of the Bank under subsection (2), (3) or (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit.
Malay text (authoritative)
Rekod akaun antarabangsa
(1) Bagi maksud melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Bank hendaklah menyenggara suatu rekod akaun antarabangsa yang mengandungi apa-apa data dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(2) Bagi maksud penyenggaraan rekod akaun antarabangsa, Bank hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki secara bertulis pada bila-bila masa orang yang, pada pendapat Bank, mempunyai dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya, atau berkeupayaan untuk mendapatkan, mengumpulkan atau mengemukakan, apa-apa data, maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan rekod akaun antarabangsa—
(a) supaya mengemukakan data, maklumat atau dokumen itu kepada Bank; atau
(b) supaya menghadirkan diri di hadapan seorang pegawai Bank untuk menjawab apa-apa pertanyaan berhubung dengan data, maklumat atau dokumen itu.
(3) Mana-mana orang yang dikehendaki supaya mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah memastikan bahawa—
(a) data, maklumat atau dokumen yang dikemukakan itu menurut apa-apa kehendak di bawah perenggan (2)(a); atau
(b) apa-apa jawapan kepada apa-apa pertanyaan menurut apa-apa kehendak di bawah perenggan (2)(b),
adalah benar, betul, lengkap dan tidak mengelirukan.
(4) Mana-mana orang yang dikehendaki supaya mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah mematuhi kehendak itu, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa sumpah, aku janji, atau kehendak kerahsiaan yang berlawanan atau apaapa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat yang berlawanan.
(5) Mana-mana orang tidak boleh, dalam mematuhi kehendak supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (4), dikira sebagai memungkiri apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan itu.
(6) Bank boleh menyiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, pernyataan yang disatukan daripada kesemua atau mana-mana bahagian rekod akaun antarabangsa itu, dengan mengagregatkan data, maklumat atau butiran dalam dokumen yang diterima atau diperoleh di bawah subseksyen (2), dengan syarat bahawa penyiaran itu tidak boleh dengan apa-apa cara membawa kepada pengenalpastian mana-mana orang yang dengannya data, maklumat, atau butiran itu berkaitan.
(7) Walau apa pun seksyen 88 atau mana-mana undang-undang bertulis lain tetapi tanpa menjejaskan subseksyen (6), apa-apa data, maklumat atau dokumen yang diterima atau diperoleh oleh Bank di bawah subseksyen (2) hendaklah dizahirkan oleh Bank hanya bagi maksud menyenggara rekod akaun antarabangsa, melaksanakan matlamat utamanya atau menjalankan fungsi utamanya di bawah seksyen 5, dan tidak boleh dizahirkan selainnya oleh Bank kepada mana-mana orang.
(8) Bagi maksud seksyen ini—
(a) “orang” ertinya orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain;
“rekod akaun antarabangsa” merujuk secara kolektif kepada rekod imbangan pembayaran dan kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia;
“rekod imbangan pembayaran” ertinya rekod transaksi ekonomi dan kewangan Malaysia dengan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia bagi suatu tempoh yang disifatkan sesuai oleh Bank;
“rekod kedudukan pelaburan antarabangsa” ertinya kedudukan aset dan liabiliti kewangan Malaysia dengan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia setakat tarikh yang disifatkan sesuai oleh Bank; dan
(b) Bank boleh menentukan—
(i) transaksi ekonomi dan kewangan yang boleh dimasukkan atau tidak dimasukkan dalam rekod imbangan pembayaran itu;
(ii) aset dan liabiliti kewangan di luar Malaysia yang boleh dimasukkan atau tidak dimasukkan dalam rekod kedudukan pelaburan antarabangsa; dan
(iii) mana-mana wilayah atau tempat sebagai terletak di dalam atau di luar Malaysia.
(9) Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak Bank di bawah subseksyen (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).