(1) The Governor may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, offer in writing to compound any offence punishable under this Act or any regulations made under this Act, by accepting from the person reasonably suspected of having committed the offence, such sum of money as he thinks fit not exceeding the amount of the maximum fine to which that person would have been liable if he had been convicted of the offence, within such time as may be specified in the offer.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Governor may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(3) Where an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and any document or thing seized in connection with the offence may be released by the Bank, subject to such terms and conditions as the Bank thinks fit.
(4) All sums of money accepted under subsection (1) shall be paid into the Federal Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Kuasa mengkompaun
(1) Gabenor boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, membuat tawaran secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu, apa-apa jumlah wang yang difikirkannya patut yang tidak melebihi amaun denda maksimum yang boleh dikenakan terhadap orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apaapa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan yang diberikan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Bank.
(4) Semua wang yang diterima di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).