My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 88

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 88

s 88 Power to report suspected offence

(1) Where the Bank in the course of the exercise of any of its powers, or the discharge of any of its duties, or the performance of any of its functions, under this Act, or under any law enforced by the Bank referred to in the Second Schedule or other written law, suspects that any person has committed any offence under this Act, or any of the Acts referred to in the Second Schedule, or any other written law, it shall be lawful for the Bank to give information of such commission to a police officer in charge of a police station or to any other police officer, or to convey any or all information in relation to such offence to any financial institution or other person affected by such offence, or to any authority or person having power to investigate under, or enforce, the provision of the law under which the offence is suspected by the Bank to have been committed. (2) Subsection (1) shall have full force and effect, notwithstanding anything inconsistent with, or contrary to it, in the Act or any law enforced by the Bank referred to in the Second Schedule or in any other written law.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk melaporkan kesalahan yang disyaki

(1) Jika Bank semasa menjalankan mana-mana kuasanya, atau menunaikan mana-mana kewajipannya, atau melaksanakan mana-mana fungsinya, di bawah Akta ini, atau di bawah manamana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank yang disebut dalam Jadual Kedua atau undang-undang bertulis lain, mengesyaki bahawa mana-mana orang telah melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana Akta yang disebut dalam Jadual Kedua, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Bank untuk memberikan maklumat mengenai pelakuan itu kepada seorang pegawai polis yang bertanggungjawab bagi sesuatu balai polis atau kepada mana-mana pegawai polis lain, atau untuk menyampaikan apa-apa atau segala maklumat berhubung dengan kesalahan itu kepada mana-mana institusi kewangan atau orang lain yang terjejas oleh kesalahan itu, atau kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan, peruntukan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Bank telah dilakukan. (2) Subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya, walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, dalam Akta itu atau mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank yang disebut dalam Jadual Kedua atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.

Read this section in the full act → · Open Part XIV →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next