s 87 Immunity
(1) No action, suit, prosecution or other proceeding shall lie or be brought, instituted, or maintained in any court or before any other authority against—
(a) any officer or employee of the Bank;
(b) any person lawfully acting on behalf of the Bank, or on behalf of any such officer or employee, in his capacity as a person acting on such behalf; or
(c) any person appointed pursuant to this Act,
for or on account of, or in respect of, any act done or statement made or omitted to be done or made, or purporting to be done or made, in pursuance or in execution of, or intended pursuance or execution of, this Act, any order in writing, direction, instruction, notice or other thing issued under this Act:
Provided that such act or such statement was done or made, or was omitted to be done or made, in good faith.
(2) In this section, the expression “officer” includes the Governor, the Deputy Governors and the other directors.
Malay text (authoritative)
Kekebalan
(1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam
mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—
(a) mana-mana pegawai atau pekerja Bank;
(b) mana-mana orang yang bertindak menurut undang-undang bagi pihak Bank, atau bagi pihak mana-mana pegawai atau pekerja itu, atas sifatnya sebagai seorang yang bertindak bagi pihak itu; atau
(c) mana-mana orang yang dilantik menurut Akta ini,
bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat, menurut atau pada melaksanakan, atau yang bermaksud untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk, notis atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
(2) Dalam seksyen ini, ungkapan “pegawai” termasuklah Gabenor, Timbalan Gabenor dan pengarah lain.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).