Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 31
Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 31
s 31 Registration of changes in particulars
(1) If any change is made or occurs in any of the particulars registered in respect of a Labuan limited liability partnership registered under section 30, that Labuan limited liability partnership shall within thirty days after the change, or such further period as the Authority may on application allow, file with the Authority a notice signed by a designated partner, specifying the nature of the change.
(2) The Authority shall register the notice referred to in subsection (1), and upon payment of the prescribed fee, the Authority may issue a certificate certifying the registration of the change in particulars.
(3) The certificate issued under subsection (2) shall be signed by the Authority or any of its authorized officers and sealed with its seal, and that certificate shall be prima facie evidence in all courts as to the change.
(4) A person who ceases to be a partner or designated partner of a Labuan limited liability partnership may file with the Authority the notice referred to in subsection (1) if he has reasonable cause to believe that the Labuan limited liability partnership will not file the notice with the Authority.
(5) The Authority may, in any particular case, require a notice filed under subsection (1) to be rectified by the Labuan limited liability partnership in such manner as the Authority considers fit.
(6) If a Labuan limited liability partnership fails to comply with subsection (1), the Labuan limited liability partnership shall be liable to an administrative penalty as may be specified by the Authority.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran perubahan butir-butir
(1) Jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku dalam mana-mana butir yang didaftarkan berkenaan dengan sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan yang didaftarkan di bawah seksyen 30, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas perubahan itu, atau apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Lembaga atas permohonan, memfailkan dengan Lembaga suatu notis yang ditandatangani oleh pekongsi ditetapkan, yang menyatakan jenis perubahan itu.
(2) Lembaga hendaklah mendaftarkan notis yang disebut dalam subseksyen (1), dan apabila fi yang ditetapkan dibayar, Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan yang memperakui pendaftaran perubahan butir-butir itu.
(3) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) hendaklah ditandatangani oleh Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasanya dan dimeterai dengan meterai Lembaga, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam semua mahkamah tentang perubahan itu.
(4) Seseorang yang terhenti menjadi pekongsi atau pekongsi ditetapkan bagi sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan boleh memfailkan dengan Lembaga notis yang disebut dalam subseksyen (1) jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tidak akan memfailkan notis itu dengan Lembaga.
(5) Lembaga boleh, dalam mana-mana hal tertentu, menghendaki supaya suatu notis yang difailkan di bawah subseksyen (1) dibetulkan oleh perkongsian liabiliti terhad Labuan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(6) Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan tidak mematuhi subseksyen (1), perkongsian liabiliti terhad Labuan itu boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh Lembaga.
Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).