Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 33
Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 33
s 33 Change of name of Labuan limited liability partnership
(1) Subject to subsection (2), a Labuan limited liability partnership may change its name.
(2) Where a Labuan limited liability partnership changes its name, it shall deliver a notice of the change to the Authority in accordance with the provisions of subsection 31(1).
(3) If the Authority approves the change of name, the Authority shall, on payment of the prescribed fee, issue a certificate of registration of the Labuan limited liability partnership under the new name and upon the issue of the certificate of registration the change of name shall become effective.
(4) If the name of a Labuan limited liability partnership is, whether through inadvertence or otherwise and whether originally or by a change of name, a name by which the Labuan limited liability partnership could not be registered without contravention of section 32, the Labuan limited liability partnership shall change its name to a name to be approved by the Authority and if the Authority so directs, shall so change it within thirty days after the date of direction or such longer period as the Authority allows.
(5) If the Labuan limited liability partnership fails to comply with the direction given by the Authority under subsection (4), it shall be liable to an administrative penalty as specified by the Authority.
(6) A change of name pursuant to this Act shall not affect the identity of the Labuan limited liability partnership or any rights or obligations of the Labuan limited liability partnership, or render defective any legal proceedings by or against the Labuan limited liability partnership.
(7) Any legal proceedings that might have been continued or commenced by or against the Labuan limited liability partnership by its former name may be continued or commenced by or against the Labuan limited liability partnership by its new name.
Malay text (authoritative)
Pertukaran nama perkongsian liabiliti terhad Labuan
(1) Tertakluk pada subseksyen (2), sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan boleh menukarkan namanya.
(2) Jika perkongsian liabiliti terhad Labuan menukarkan namanya, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah menyerahkan suatu notis tentang pertukaran itu kepada Lembaga mengikut peruntukan subseksyen 31(1).
(3) Jika Lembaga meluluskan pertukaran nama itu, Lembaga hendaklah, apabila fi yang ditetapkan dibayar, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran bagi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu di bawah nama baru itu dan pertukaran nama baru itu akan mula berkuat kuasa apabila perakuan pendaftaran itu dikeluarkan.
(4) Jika nama perkongsian liabiliti terhad Labuan, sama ada dengan tidak sengaja atau selainnya dan sama ada pada asalnya atau melalui pertukaran nama, ialah suatu nama yang dengannya perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar seksyen 32, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah menukarkan namanya kepada suatu nama yang hendaklah diluluskan oleh Lembaga dan jika Lembaga mengarahkan sedemikian, hendaklah menukar nama itu dalam masa tiga puluh hari selepas tarikh arahan itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Lembaga.
(5) Jika perkongsian liabiliti terhad Labuan tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Lembaga di bawah subseksyen (4), perkongsian liabiliti terhad Labuan itu boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh Lembaga.
(6) Sesuatu pertukaran nama menurut Akta ini tidak akan menjejaskan identiti perkongsian liabiliti terhad Labuan atau apa-apa hak atau obligasi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.
(7) Apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad Labuan dengan nama terdahulunya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dengan nama barunya.
Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).