Sections 58β59 were repealed by later amendments.
s 16 Grant or refusal of permit
(1) The relevant Authority may, after considering the application for a permit under section 14 and any additional documents or information provided under section 15 and being satisfied that all the requirements have been fulfilled, grant the permit or refuse to grant the permit.
(2) The relevant Authority may impose such conditions as it considers appropriate in granting the permit.
(3) Every permit granted under subsection (1) shall set out the duration of the permit.
(4) The conditions imposed under the permit may at any time be varied or amended by the relevant Authority provided that the holder of the permit is given a reasonable opportunity of being heard.
(5) The decision of the relevant Authority under this section shall be communicated to the applicant by written notice as soon as practicable.
(6) The written notice by the relevant Authority under subsection (5) shall specifyβ
(a) in the case where the permit is granted, the fact of such grant and the conditions, if any, imposed under subsection (2); and
(b) in the case of a refusal to grant a permit, the fact of such refusal and the reason for the refusal.
(7) The relevant Authority may renew any permit upon application.
Malay text (authoritative)
Pemberian atau penolakan permit
(1) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan permohonan bagi permit di bawah seksyen 14 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah seksyen 15 dan setelah berpuas hati bahawa segala kehendak telah dipenuhi, memberikan permit itu atau menolak pemberian permit itu.
(2) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa syarat yang didapatinya patut semasa memberikan permit itu.
(3) Tiap-tiap permit yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan tempoh permit itu.
(4) Syarat-syarat yang dikenakan di bawah permit itu boleh pada bila-bila masa diubah atau dipinda oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan dengan syarat bahawa pemegang permit itu diberi peluang yang munasabah untuk didengar.
(5) Keputusan Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu kepada pemohon melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.
(6) Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah subseksyen (5) hendaklah menyatakanβ
(a) dalam hal jika permit diberikan, hakikat pemberian itu dan syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan di bawah subseksyen (2); dan
(b) dalam hal keengganan untuk memberikan permit, hakikat penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu.
(7) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh membaharui semula mana-mana permit atas permohonan.
Read this section in the full act β Β· Open Part IV β
Find Act 708 on lom.agc.gov.my β
Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).