Sections 58β59 were repealed by later amendments.
s 19 Registration of brokers
(1) An application for registration to carry out brokering of strategic items referred to in section 11 shall be made to the relevant Authority in accordance with the regulations made under this Act.
(2) An application under this section may be withdrawn at any time before it is granted or refused.
(3) The relevant Authority may, at any time after the receipt of an application under this section and before the application is determined, by a written notice, require the applicant to provide any additional documents or information to the relevant Authority within the period specified in the notice.
(4) If the additional documents or information required under subsection (3) are not provided by the applicant within the period specified in the notice or any extended period granted by the relevant Authority, the application shall be deemed to be withdrawn and shall not be further proceeded with, but without affecting the right of the applicant to make a fresh application.
(5) The relevant Authority may, after considering the application for registration and any additional documents or information provided
under subsection (3) and being satisfied that all the requirements have been fulfilled, register the applicant or refuse registration.
(6) Registration under this section shall be valid for a period of one year and shall be renewable upon application.
(7) The relevant Authority may impose such conditions as it considers appropriate in granting the registration.
(8) The conditions imposed upon the registration may at any time be varied or amended by the relevant Authority provided that the registered broker is given a reasonable opportunity of being heard.
(9) The decision of the relevant Authority under this section shall be communicated to the applicant by written notice as soon as practicable.
(10) The written notice by the relevant Authority under subsection (9) shall specifyβ
(a) in the case where the registration is granted, the fact of such registration and the conditions, if any, imposed under subsection (7); and
(b) in the case of a refusal of registration, the fact of such refusal and the reason for the refusal.
(11) The relevant Authority may, at any time, suspend or revoke a registration ifβ
(a) the registered broker has failed to comply with any provisions of this Act;
(b) the registered broker has failed to comply with any conditions attached to the registration;
(c) the registered broker had improperly or illegally obtained the registration; or
(d) it is necessary for national interest, national security or non-proliferation purposes,
and shall notify the registered broker within thirty days by a notice in writing that the registration has been suspended or revoked.
(12) A suspension or revocation under subsection (11) shall remain in force until the registered broker has taken measures to the satisfaction of the relevant Authority to remove the reasons for such suspension or revocation.
(13) For the purpose of paragraph (11)(d), the determination of what amounts to national interest and national security shall be made by the Minister and such determination shall be final and binding upon all persons and shall not be challenged, appealed against, reviewed, quashed or questioned in any court.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran broker
(1) Suatu permohonan bagi pendaftaran untuk menjalankan pembrokeran barang strategik yang disebut dalam seksyen 11 hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2) Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.
(3) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah seksyen ini dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui notis bertulis, menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
(4) Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak dikemukakan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baru.
(5) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan permohonan bagi pendaftaran itu dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) dan setelah berpuas hati bahawa segala kehendak telah dipenuhi, mendaftarkan pemohon atau menolak pendaftaran itu.
(6) Pendaftaran di bawah seksyen ini adalah sah selama tempoh satu tahun dan boleh dibaharui semula atas permohonan.
(7) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa syarat yang didapatinya patut semasa memberikan pendaftaran itu.
(8) Syarat-syarat yang dikenakan atas pendaftaran itu boleh pada bila-bila masa diubah atau dipinda oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan dengan syarat bahawa broker berdaftar itu diberi peluang yang munasabah untuk didengar.
(9) Keputusan Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu kepada pemohon melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.
(10) Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah subseksyen (9) hendaklah menyatakanβ
(a) dalam hal jika pendaftaran diberikan, hakikat pendaftaran itu dan syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan di bawah subseksyen (7); dan
(b) dalam hal penolakan pendaftaran, hakikat penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu.
(11) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa, menggantung atau membatalkan suatu pendaftaran jikaβ
(a) broker berdaftar itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
(b) broker berdaftar itu tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan atas pendaftaran;
(c) broker berdaftar itu telah mendapatkan pendaftaran itu secara salah atau secara haram; atau
(d) adalah perlu bagi kepentingan negara, keselamatan negara atau maksud ketidakcambahan,
dan hendaklah memberitahu broker berdaftar itu dalam tempoh tiga puluh hari melalui notis bertulis bahawa pendaftaran itu telah digantung atau dibatalkan.
(12) Suatu penggantungan atau pembatalan di bawah subseksyen
(11) hendaklah terus berkuat kuasa sehingga broker berdaftar itu telah mengambil langkah-langkah untuk menyingkirkan sebabsebab bagi penggantungan atau pembatalan itu dengan memuaskan Pihak Berkuasa yang berkenaan.
(13) Bagi maksud perenggan (11) (d), penentuan tentang maksud kepentingan negara dan keselamatan negara hendaklah dibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian hendaklah muktamad dan mengikat atas semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Read this section in the full act β Β· Open Part IV β
Find Act 708 on lom.agc.gov.my β
Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).