Sections 58β59 were repealed by later amendments.
s 20 Disqualification for offences
Any court before which a person is convicted of any offence under this Act in connection with the export, transhipment or bringing in transit of strategic items or unlisted items or the brokering of strategic items may order thatβ
(a) such person to be disqualified from holding or obtaining a permit under this Act or from being registered as a broker under this Act for life or for such period as the court considers appropriate; and
(b) particulars of the conviction and of any disqualification to which the convicted person has become subject shall be notified to the Controller and shall be endorsed on any permit or registration held by the offender:
Provided that, if the court considers appropriate, any disqualification imposed under this section may be limited to the export, transhipment, bringing in transit or brokering of the same class or description of strategic items or unlisted items, as the case may be, as the strategic items or unlisted items in respect of which the offence was committed.
Malay text (authoritative)
Hilang kelayakan kerana kesalahan
Mana-mana mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini berkaitan dengan pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang strategik atau barang tidak tersenarai atau pembrokeran barang strategik boleh memerintahkan supayaβ
(a) orang itu dihilangkan kelayakannya daripada memegang atau mendapatkan suatu permit di bawah Akta ini atau daripada didaftarkan sebagai seorang broker di bawah
Akta ini bagi seumur hidup atau selama tempoh yang didapati patut oleh mahkamah; dan
(b) butir-butir mengenai sabitan itu dan apa-apa hilang kelayakan yang baginya orang yang disabitkan itu tertakluk hendaklah diberitahu kepada Pengawal dan hendaklah diendorskan pada mana-mana permit atau pendaftaran yang dipegang oleh pesalah itu:
Dengan syarat bahawa, jika didapati patut oleh mahkamah, apa-apa hilang kelayakan yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh dihadkan kepada pengeksportan, pemindahan, pembawaan dalam transit atau pembrokeran barang strategik atau barang tidak tersenarai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang sama kelas atau perihalannya seperti barang strategik atau barang tidak tersenarai yang berkenaan dengannya kesalahan itu dilakukan.
Read this section in the full act β Β· Open Part IV β
Find Act 708 on lom.agc.gov.my β
Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).