My bookmarksSign up free
← Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 21

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 21 Suspension of permit or registration upon disqualification

(1) Where a person who is disqualified by virtue of a conviction or order under this Act is the holder of a permit or a registered broker, as the case may be, such permit or registration shall be suspended as long as the disqualification continues in force. (2) A permit or registration suspended by virtue of this section shall during the time of suspension be of no effect. (3) If any person who under this section is disqualified from holding or obtaining a permit applies for or obtains a permit while he is so disqualified, or if any such person while he is so disqualified exports, tranships or brings in transit any strategic items or unlisted items, or if the disqualification is limited to the export, transhipment or bringing in transit of a particular class or description of strategic items or unlisted items, exports, tranships or brings in transit any strategic items or unlisted items of that class or description, that person commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding ten years or with a fine not exceeding ten million ringgit or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding twenty million ringgit. (4) If any person who under this section is disqualified from holding or obtaining registration as a broker applies for or obtains such registration while he is so disqualified, or if any such person while he is so disqualified carries out any act of brokering of any strategic items, or if the disqualification is limited to the brokering of a particular class or description of strategic items, carries out an act of brokering of any strategic items of that class or description, that person commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding ten years or with a fine not exceeding ten million ringgit or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding twenty million ringgit. (5) A permit or registration obtained by such person disqualified as aforesaid shall be of no effect.

Malay text (authoritative)

Penggantungan permit atau pendaftaran apabila hilang kelayakan

(1) Jika seseorang yang hilang kelayakan menurut kuasa suatu sabitan atau perintah di bawah Akta ini ialah pemegang permit atau broker berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka permit atau pendaftaran itu hendaklah digantung selagi hilang kelayakan itu terus berkuat kuasa. (2) Sesuatu permit atau pendaftaran yang digantung menurut kuasa seksyen ini tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu. (3) Jika mana-mana orang yang hilang kelayakan di bawah seksyen ini daripada memegang atau mendapatkan permit memohon atau mendapatkan suatu permit semasa dia hilang kelayakan sedemikian, atau jika mana-mana orang itu semasa dia hilang kelayakan sedemikian mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai, atau jika kehilangan kelayakan itu dihadkan kepada pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit kelas atau perihalan tertentu barang strategik atau barang tidak tersenarai, mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit apaapa barang strategik atau barang tidak tersenarai daripada kelas atau perihalan itu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua puluh juta ringgit. (4) Jika mana-mana orang yang hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu pendaftaran sebagai broker di bawah seksyen ini memohon atau mendapatkan suatu pendaftaran semasa dia hilang kelayakan sedemikian, atau jika mana-mana orang itu semasa dia hilang kelayakan sedemikian menjalankan apa-apa perbuatan pembrokeran apa-apa barang strategik, atau jika kehilangan kelayakan itu dihadkan kepada pembrokeran kelas atau perihalan barang strategik yang tertentu, menjalankan perbuatan pembrokeran apa-apa barang strategik daripada kelas atau perihalan itu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua puluh juta ringgit. (5) Sesuatu permit atau pendaftaran yang didapatkan oleh orang yang hilang kelayakan seperti yang tersebut dahulu hendaklah tidak kuat kuasa.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IV β†’

Find Act 708 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next