My bookmarksSign up free
Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 2

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires — “authorized officer” means any of the officers specified in section 25 A; “biological agent” means any microbial, micro-organism, virus or infectious substance derived from them naturally or artificially, as well as their components and whatever their origin or method of production; “biological weapon” means any microbial or other biological agents or toxins whatever their origin or method of production, of types and in quantities that have no justification for prophylactic, protective or other peaceful purpose, and weapons, equipment or means of delivery designed to use biological agents or toxins for hostile purposes or in armed conflict; “bring in transit” means to bring items from any country into Malaysia by land, sea or air, where the items are to be taken out from Malaysia on the same conveyance on which they are brought into Malaysia or any other conveyance and whether or not such items are landed or transhipped in Malaysia, but does not include the passage through Malaysia in accordance with international law of a foreign conveyance carrying any items; “brokering” means the activity of a person who, either on his own behalf or acting as an agent on behalf of another person— (a) negotiates or arranges for the purchase, sale or supply of items from one foreign country to another foreign country; or (b) purchases, sells or supplies such items from one foreign country to another foreign country; “chemical weapon” has the same meaning as assigned to it under the Chemical Weapons Convention Act 2005 [Act 641]; “Controller” means the Strategic Trade Controller appointed under section 5, and includes the Deputy Strategic Trade Controller; “conveyance” includes any vessel, train, vehicle, aircraft and any other means of transport by which persons or items can be carried; “device” means any medium in which information, visual images, sounds or other data is or are recorded, stored or embodied in any form so as to be capable (with or without the aid of other equipment) of being retrieved or produced therefrom; “export” means— (a) to take or cause to be taken out of Malaysia any items by land, sea or air, or to place any items in a conveyance for the purpose of such items being taken out of Malaysia by land, sea or air; or (b) to transmit technology by any means to a destination outside Malaysia, and includes any oral or visual transmission of technology by a communications device where the technology is contained in a document the relevant part of which is read out, described or otherwise displayed over the communications device in such a way as to achieve a similar result; “items” includes goods and technology; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for international trade and industry; “nuclear weapons” means any device which is capable of releasing nuclear energy in an uncontrolled manner and which has a group of characteristics that are appropriate for use for warlike purposes, but does not include the delivery system if it is separable from the device; “owner”, in relation to— (a) strategic items or unlisted items, includes any person being or holding himself out to be the owner, importer, exporter, consignee, agent or person in possession of, or beneficially interested in, or having any control of, or power of disposition over, the strategic items or unlisted items; and (b) a conveyance, includes every person acting as agent for the owner or who receives freight or other charges payable in respect of the conveyance; “permit” means a permit issued under this Act, and includes a special permit; “related laws” means the written laws specified in the Schedule; “relevant Authority” means the Authority designated under the related laws for the regulation of the strategic items, unlisted items and restricted activities, and includes the Controller; “restricted activity” means— (a) any activity that supports the development, production, handling, usage, maintenance, storage, inventory or proliferation of any weapon of mass destruction and its delivery systems; or (b) participation in transactions with persons engaged in such activities; “software” means a collection of one or more programmes or microprogrammes recorded, stored or embodied in any device; “strategic items” means any items prescribed as strategic items under section 7; “strategic technology” means technology prescribed as a strategic item under section 7; “technical assistance” includes instructions, skills, training, the provision of working knowledge and consulting services and may involve the transfer of technical data; “technical data” includes blueprints, plans, diagrams, models, formulae, tables, engineering designs and specifications, manuals and instructions in print or electronic format; “technology” means information and data in any form for the design, development, production or use of another item and includes technical data, technical assistance and software; “toxin” means any poisonous substance, whatever its origin or method of production, produced by a living organism or artificially synthesised which can cause illness, injury or death; “tranship” means to remove items from the conveyance on which they are brought into Malaysia and to place the items on the same or another conveyance for the purpose of taking them out of Malaysia where these acts are carried out on a through bill of lading, through airway bill or through manifest; “transmit”, in relation to strategic technology, means— (a) to transmit the technology in Malaysia by electronic means; or (b) to make the technology available in Malaysia on a device, so that the strategic technology becomes accessible to any person, whether within or outside Malaysia; “unlisted items” means items that may be used in a restricted activity but are not prescribed as strategic items under section 7; “weapons of mass destruction” means any weapon designed to kill, harm or infect people, animals or plants through the effect of nuclear explosion or dispersion or the toxic properties of a chemical weapon or the infectious or toxic properties of a biological weapon, and includes a delivery system designed, adapted or intended for the deployment of such weapons.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “agen biologi” ertinya apa-apa mikrobial, organisma mikro, virus atau bahan berjangkit yang diterbitkan daripadanya secara semula jadi atau buatan, serta komponennya dan walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya; “aktiviti terhad” ertinya— (a) apa-apa aktiviti yang menyokong pemajuan, penghasilan, pengendalian, penggunaan, penyenggaraan, penyimpanan, inventori atau percambahan apa-apa senjata pemusnah besar-besaran dan sistem penghantarannya; atau (b) penyertaan dalam transaksi dengan orang yang terlibat dalam aktiviti sedemikian; “bantuan teknikal” termasuklah arahan, kemahiran, latihan, pemberian pengetahuan kerja dan perkhidmatan perunding dan boleh melibatkan pemindahan data teknikal; “barang” termasuklah barangan dan teknologi; “barang strategik” ertinya apa-apa barang yang ditetapkan sebagai barang strategik di bawah seksyen 7; “barang tidak tersenarai” ertinya barang yang boleh digunakan dalam aktiviti terhad tetapi yang tidak ditetapkan sebagai barang strategik di bawah seksyen 7; “data teknikal” termasuklah rangka tindakan, pelan, diagram, model, formula, jadual, reka bentuk dan spesifikasi kejuruteraan, manual dan arahan dalam format cetakan atau elektronik; “eksport” ertinya— (a) untuk membawa atau menyebabkan dibawa keluar dari Malaysia apa-apa barang melalui darat, laut atau udara, atau untuk meletakkan apa-apa barang dalam sesuatu pengangkutan bagi maksud barang sedemikian dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara; atau (b) untuk menghantar teknologi melalui apa-apa cara ke suatu destinasi di luar Malaysia, dan termasuklah apa-apa penghantaran teknologi secara lisan atau visual menerusi suatu peranti komunikasi jika teknologi itu terkandung dalam suatu dokumen yang bahagian relevannya dibacakan, diperihalkan atau selainnya dipaparkan menerusi peranti komunikasi itu mengikut cara yang mencapai kesan yang serupa; “membawa dalam transit” ertinya membawa barang dari mana-mana negara ke dalam Malaysia melalui darat, laut atau udara, di mana barang itu akan dibawa keluar dari Malaysia atas pengangkutan yang sama dengan pengangkutan yang membawa barang itu ke dalam Malaysia atau apa-apa pengangkutan lain dan sama ada atau tidak barang itu didaratkan atau dipindahkan di Malaysia, tetapi tidak termasuk perjalanan pengangkutan asing yang membawa apa-apa barang menerusi Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa; “memindahkan” ertinya untuk mengalihkan barang dari pengangkutan yang membawa masuk barang itu ke Malaysia dan untuk meletakkan barang itu atas pengangkutan yang sama atau yang lain bagi maksud membawanya keluar dari Malaysia yang perbuatan ini dijalankan berdasarkan bil muatan kapal langsung, bil muatan pesawat udara langsung atau manifes langsung; “menghantar”, berhubung dengan teknologi strategik, ertinya— (a) menghantar teknologi itu di Malaysia melalui cara elektronik; atau (b) menyediakan teknologi itu di Malaysia atas suatu peranti, supaya teknologi strategik itu boleh dicapai oleh mana-mana orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri; “pegawai diberi kuasa” termasuklah— (a) pegawai kastam; (b) pegawai polis; (c) pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; (d) pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; (e) mana-mana pegawai lain yang dinyatakan oleh Pengawal; “pembrokeran” ertinya aktiviti seseorang yang, sama ada bagi pihaknya sendiri atau dengan bertindak sebagai ejen bagi pihak orang yang lain— (a) merundingkan, mengaturkan atau memudahkan pembelian, pembiayaan, pengangkutan, penjualan atau pembekalan barang; atau (b) m e m b e l i , m e n j u a l a t a u m e m b e k a l k a n b a r a n g sedemikian; “pemunya”, berhubung dengan— (a) barang strategik atau barang tidak tersenarai, termasuklah mana-mana orang yang merupakan atau yang mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengeksport, penerima konsain, ejen atau orang yang memiliki, atau yang mempunyai kepentingan benefisial mengenai, atau yang mempunyai kawalan ke atas, atau kuasa pelupusan atas, barang strategik atau barang tidak tersenarai itu; dan (b) sesuatu pengangkutan, termasuklah tiap-tiap orang yang bertindak sebagai ejen bagi pemunya atau yang menerima tambang muatan atau caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan pengangkutan itu; “pengangkutan” termasuklah apa-apa kapal, kereta api, kenderaan, pesawat udara dan apa-apa cara pembawaan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa; “Pengawal” ertinya Pengawal Perdagangan Strategik yang dilantik di bawah seksyen 5, dan termasuklah Timbalan Pengawal Perdagangan Strategik; “peranti” ertinya apa-apa medium yang dalamnya maklumat, imej visual, bunyi atau data lain direkodkan, disimpan atau dikandungkan dalam apa-apa bentuk supaya dapat (dengan atau tanpa bantuan kelengkapan lain) didapatkan semula atau dihasilkan daripadanya; “perisian” ertinya koleksi satu program atau program mikro atau lebih yang direkodkan, disimpan atau dikandungkan dalam apa-apa peranti; “permit” ertinya permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan termasuklah suatu permit khas; “Pihak Berkuasa yang berkenaan” ertinya Pihak Berkuasa yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan bagi pengawalseliaan barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad, dan termasuklah Pengawal; “senjata biologi” ertinya apa-apa mikrobial atau agen biologi lain atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, daripada jenis dan dalam kuantiti yang tidak dapat dijustifikasikan bagi maksud profilaktik, perlindungan atau keamanan yang lain, dan senjata, kelengkapan atau cara penghantaran yang direka untuk menggunakan agen biologi atau toksin bagi maksud permusuhan atau dalam konflik bersenjata; “senjata kimia” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 [Akta 641]; “senjata nuklear” ertinya apa-apa peranti yang berupaya membebaskan tenaga nuklear dengan cara yang tidak terkawal dan yang mempunyai kelompok ciri yang sesuai untuk penggunaan bagi maksud perang, tetapi tidak termasuk sistem penghantaran jika sistem penghantaran itu boleh diasingkan daripada peranti itu; “senjata pemusnah besar-besaran” ertinya apa-apa senjata yang direka bentuk untuk membunuh, mencederakan atau menjangkiti orang, haiwan atau tumbuh-tumbuhan menerusi kesan letupan atau penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat berjangkit atau toksik senjata biologi, dan termasuklah sistem penghantaran yang direka bentuk, disesuaikan atau diniatkan untuk penggunaan senjata sedemikian; “teknologi” ertinya maklumat dan data dalam apa-apa bentuk bagi perekaan bentuk, pemajuan, penghasilan atau penggunaan barang yang lain dan termasuklah data teknikal, bantuan teknikal dan perisian; “teknologi strategik” ertinya teknologi yang ditetapkan sebagai barang strategik di bawah seksyen 7; “toksin” ertinya apa-apa bahan beracun, walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, yang dihasilkan oleh suatu organisma hidup atau yang disintesiskan secara buatan yang boleh menyebabkan penyakit, kecederaan atau kematian; “undang-undang yang berkaitan” ertinya undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual.

Read this section in the full act → · Open Part I

Find Act 708 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next