My bookmarksSign up free
← Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 23

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 23 Endorsement on permit

(1) An order that the particulars of any conviction or of any disqualification to which the convicted person has become subject are to be endorsed on any permit or registration held by the offender shall, whether the offender is at the time a permit or registration holder or not, operate as an order that any permit or registration he may then hold or may subsequently obtain shall be so endorsed until he becomes entitled under this section to have a permit or registration issued to him free from any endorsement. (2) If any person whose permit or registration has been ordered to be endorsed applies for a permit or registration without giving particulars of the order, he commits an offence and shall, on conviction, be punished with a fine not exceeding one million ringgit or with imprisonment for a term not exceeding two years or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding two million ringgit, and any permit or registration so obtained shall be of no effect. (3) Where a court orders particulars to be endorsed on a permit or registration held by any person, or where, by a conviction or order of a court, a person is disqualified from holding or obtaining a permit or registration, the court shall send notice of the conviction or order to the Controller and order the person to surrender the permit or registration to the Controller for the necessary endorsement. (4) Where pursuant to a notice of the court referred to in subsection (3), the particulars to be endorsed on the permit or registration are included in the register maintained by the Controller under this Act, the endorsement shall be deemed to have been effected.

Malay text (authoritative)

Pengendorsan pada permit

(1) Sesuatu perintah supaya butir-butir mengenai apa-apa sabitan atau mengenai apa-apa hilang kelayakan yang baginya orang yang disabitkan itu tertakluk diendorskan pada mana-mana permit atau pendaftaran yang dipegang oleh pesalah itu hendaklah, sama ada pesalah itu pada masa itu adalah pemegang suatu permit atau pendaftaran atau tidak, berkuat kuasa sebagai suatu perintah bahawa apa-apa permit atau pendaftaran yang boleh dipegang olehnya pada masa itu atau yang boleh didapati kemudian hendaklah diendorskan sedemikian sehingga dia berhak di bawah seksyen ini untuk memiliki suatu permit atau pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya yang bebas daripada apa-apa pengendorsan. (2) Jika mana-mana orang yang permit atau pendaftarannya telah diperintahkan supaya diendorskan memohon bagi suatu permit atau pendaftaran tanpa memberikan butir-butir mengenai perintah itu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua juta ringgit, dan apa-apa permit atau pendaftaran yang didapatkan sedemikian hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa. (3) Jika sesuatu mahkamah memerintahkan supaya butir-butir diendorskan pada permit atau pendaftaran yang dipegang oleh mana-mana orang, atau jika, melalui suatu sabitan atau perintah mahkamah, seseorang itu dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu permit atau pendaftaran, mahkamah hendaklah menghantar notis mengenai sabitan atau perintah itu kepada Pengawal dan memerintahkan orang itu untuk menyerahkan permit atau pendaftaran itu kepada Pengawal bagi pengendorsan yang sewajarnya. (4) Jika menurut suatu notis mahkamah yang disebut dalam subseksyen (3), butir-butir yang dikehendaki diendorskan pada permit atau pendaftaran itu dimasukkan dalam daftar yang disenggarakan oleh Pengawal di bawah Akta ini, pengendorsan itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IV β†’

Find Act 708 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next