My bookmarksSign up free
← Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 24

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 24 Maintenance of documents and register

(1) A person who is granted a permit or registered as a broker under this Act shall in relation to the strategic items or restricted activities— (a) maintain a register in such form as may be prescribed; and (b) keep all documents for such period as may be prescribed. (2) The register shall— (a) be kept solely for the purpose of entering such records and information as may be prescribed; (b) be kept up to date and in good order and condition; and (c) be kept for such period as may be prescribed. (3) The person referred to in subsection (1) shall make the register available for inspection as and when required by an authorized officer. (4) A person who contravenes subsection (1), (2) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be punished with a fine not exceeding one million ringgit or with imprisonment for a term not exceeding two years or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding two million ringgit.

Malay text (authoritative)

Penyenggaraan dokumen dan daftar

(1) Seseorang yang diberikan permit atau didaftarkan sebagai broker di bawah Akta ini hendaklah berhubung dengan barang strategik atau aktiviti terhad— (a) menyenggarakan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan; dan (b) menyimpan segala dokumen bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan. (2) Daftar itu hendaklah— (a) disimpan semata-mata bagi maksud mencatatkan rekod dan maklumat yang ditetapkan; (b) sentiasa dikemaskinikan dan disimpan secara teratur dan dalam keadaan baik; dan (c) disimpan bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan. (3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyediakan daftar untuk pemeriksaan sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua juta ringgit.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 708 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next