My bookmarksSign up free
← Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 28

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 28 Powers of authorized officers

(1) Without prejudice to the powers of the authorized officers under any other written law, including the related laws, an authorized officer shall have the following powers for the purpose of enforcement of this Act: (a) to receive and consider any report of the commission of an offence under this Act; (b) to stop, enter, board, inspect and search any place, premises, structure or conveyance and to detain any conveyance; (c) to recall any conveyance that has departed from any port or place in Malaysia and to detain such conveyance; (d) to exercise the right of hot pursuit; (e) to demand the production of any permit, record, certificate or other document and to inspect, make copies of or take extracts from such permit, record, certificate or other document; (f) to investigate any offence under this Act; (g) to examine and seize any strategic items or unlisted items together with any container, package, conveyance or other article in which the strategic items or unlisted items are stored, kept or found, record, book, account, document or computerized data relating to any offence under this Act; (h) to arrest any person that he has reason to believe has committed or is attempting to commit an offence under this Act; and (i) to expel any conveyance which he has reason to believe to be involved in a restricted activity or acting against national interest or national security. (2) Notwithstanding subsection (1), no conveyance shall be stopped, entered, boarded, searched, inspected or detained within the area of the territorial sea if the passage of the conveyance within the territorial sea is an innocent passage. (3) For the purpose of subsection (2), the passage of a conveyance is an innocent passage if and so long as the passage of the conveyance is not prejudicial to the peace, good order or national security of Malaysia. (4) Notwithstanding any written law, for the purposes of subsection (3), the following activities shall be considered to be prejudicial to the peace, good order and national security: (a) any threat or use of force against the sovereignty, territorial integrity or political independence of Malaysia or any act which in any manner is a violation of the principles of international law; (b) any exercise or practice with weapons of any kind; (c) any act aimed at collecting information to the prejudice of the national security or defence of Malaysia; (d) any act of propaganda aimed at affecting the peace, national security or defence of Malaysia; (e) the launching, landing or taking on board of any aircraft; (f) the launching, landing or taking on board of any military device; (g) the loading or unloading of any commodity, currency or person contrary to the customs, fiscal, immigration or health laws of Malaysia; (h) any act of pollution; (i) any fishing activities; (j) the carrying out of unauthorized research or survey activities; (k) any act aimed at interfering with any systems of communication or any other facilities or installations of Malaysia; and (l) any other activity not having a direct bearing on passage.

Malay text (authoritative)

Kuasa pegawai diberi kuasa

(1) Tanpa menjejaskan kuasa pegawai diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, termasuk undang-undang yang berkaitan, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa yang berikut bagi maksud menguatkuasakan Akta ini: (a) menerima dan menimbangkan apa-apa laporan tentang berlakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; (b) memberhentikan, memasuki, menaiki, memeriksa dan menggeledah mana-mana tempat, premis, struktur atau pengangkutan dan untuk menahan mana-mana pengangkutan; (c) memanggil kembali mana-mana pengangkutan yang telah meninggalkan mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia dan menahan pengangkutan itu; (d) melaksanakan hak kejar buru; (e) menuntut pengemukaan apa-apa permit, rekod, perakuan atau dokumen lain dan memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada permit, rekod, perakuan atau dokumen lain itu; (f) menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; (g) memeriksa dan menyita apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang didalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang berhubungan dengan apaapa kesalahan di bawah Akta ini; (h) menangkap mana-mana orang yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai telah melakukan atau sedang mencuba untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; dan (i) menyingkirkan mana-mana pengangkutan yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam aktiviti terhad atau bertindak bertentangan dengan kepentingan negara atau keselamatan negara. (2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada pengangkutan boleh diberhentikan, dimasuki, dinaiki, digeledah, diperiksa atau ditahan di dalam kawasan laut wilayah jika laluan pengangkutan itu di dalam laut wilayah merupakan laluan ikhlas. (3) Bagi maksud subseksyen (2), laluan sesuatu pengangkutan merupakan laluan ikhlas jika dan selagi laluan pengangkutan itu tidak memudaratkan keamanan, ketenteraman atau keselamatan Negara Malaysia. (4) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, bagi maksud subseksyen (3), aktiviti yang berikut hendaklah dianggap memudaratkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara: (a) apa-apa ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap kedaulatan, keutuhan wilayah atau kebebasan politik Malaysia atau apa-apa perbuatan yang dengan apa-apa cara merupakan pelanggaran prinsip undang-undang antarabangsa; (b) apa-apa penggunaan atau latihan dengan apa-apa jenis senjata; (c) apa-apa perbuatan yang bertujuan untuk mengumpul maklumat yang memudaratkan keselamatan negara atau pertahanan Malaysia; (d) apa-apa perbuatan propaganda yang bertujuan untuk menjejaskan keamanan, keselamatan negara atau pertahanan Malaysia; (e) pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana pesawat udara; (f) pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana peranti tentera; (g) pemuatan atau pemunggahan apa-apa komoditi, mata wang atau orang yang bertentangan dengan undang-undang kastam, kewangan, imigresen atau kesihatan Malaysia; (h) apa-apa perbuatan pencemaran; (i) apa-apa aktiviti menangkap ikan; (j) penjalanan aktiviti penyelidikan atau tinjauan tanpa kebenaran; (k) apa-apa perbuatan yang bertujuan untuk mengganggu apa-apa sistem komunikasi atau apa-apa kemudahan atau pemasangan lain di Malaysia; dan (l) apa-apa aktiviti lain yang tiada kaitan secara langsung dengan laluan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 708 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next