My bookmarksSign up free
Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 33

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 33 Power to search conveyances

(1) An authorized officer may— (a) board any conveyance; (b) require the master of a vessel, pilot of an aircraft or person in control of any other conveyance to give such information relating to the conveyance, cargo, stores, crew, passengers or voyage as he may consider necessary; (c) search all parts of such conveyance for strategic items; (d) examine all items on board and all items then being loaded or unloaded; (e) demand all documents which ought to be on board such conveyance; and (f) require all or any such documents to be brought to him for inspection, and the master of a vessel, pilot of an aircraft or person in control of any other conveyance refusing to allow such authorized officer to board or search such conveyance, or refusing to give such information or to produce such documents on demand commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding three years or with a fine not exceeding one million ringgit or with both. (2) If any place, box or chest on board such conveyance is locked and the key withheld, the authorized officer may break open any such place, box or chest. (3) If any items are found concealed on board any conveyance, such items shall be deemed to be strategic items.

Malay text (authoritative)

Kuasa menggeledah pengangkutan

(1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh— (a) menaiki mana-mana pengangkutan; (b) menghendaki nakhoda kapal, juruterbang pesawat udara atau orang yang mengawal mana-mana pengangkutan lain untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengangkutan, kargo, stor, anak kapal, penumpang atau perjalanan itu yang didapatinya perlu; (c) menggeledah semua bahagian pengangkutan itu bagi barang strategik; (d) memeriksa segala barang atas pengangkutan itu dan segala barang yang sedang dimuatkan atau diturunkan; (e) meminta segala dokumen yang sepatutnya ada atas pengangkutan itu; dan (f) menghendaki segala atau apa-apa dokumen sedemikian dibawa kepadanya untuk diperiksa, dan nakhoda kapal, juruterbang pesawat udara atau orang yang mengawal mana-mana pengangkutan lain yang enggan membenarkan pegawai diberi kuasa itu menaiki atau menggeledah pengangkutan itu, atau enggan memberikan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen apabila diminta melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun atau dengan denda tidak kurang daripada satu juta ringgit atau dengan kedua-duanya. (2) Jika mana-mana tempat, kotak atau peti di atas pengangkutan itu dikunci dan kuncinya tidak diserahkan, pegawai diberi kuasa boleh memecahkan mana-mana tempat, kotak atau peti itu. (3) Jika apa-apa barang dijumpai tersembunyi di atas manamana pengangkutan, barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang strategik.

Read this section in the full act → · Open Part V

Find Act 708 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next