My bookmarksSign up free
← Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 37

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 37 Interception of communications

(1) Notwithstanding the provisions of any other written law, the Public Prosecutor may, if he considers that it is likely to contain any information which is relevant for the purpose of any investigation into an offence under this Act relating to strategic items, unlisted items or restricted activities, on the application of an authorized officer, authorize any authorized officerβ€” (a) to intercept, detain and open any postal article in the course of transmission by post; or (b) to intercept, listen to and record any communication transmitted or received by any communications. (2) When any person is charged with an offence under this Act relating to strategic items, unlisted items or restricted activities, any information obtained by an authorized officer in pursuance of subsection (1), whether before or after such person is charged, shall be admissible at his trial in evidence. (3) An authorization by the Public Prosecutor under subsection (1) may be given either orally or in writing; but if an oral authorization is given, the Public Prosecutor shall, as soon as practicable, reduce the authorization in writing. (4) A certificate by the Public Prosecutor stating that the action taken by an authorized officer in pursuance of subsection (1) had been authorized by him under that subsection shall be conclusive evidence that it had been so authorized and such certificate shall be admissible in evidence without proof of signature thereof. (5) No person shall be under any duty, obligation or liability, or be in any manner compelled to disclose in any proceedings the procedure, method, manner or means, or any matter related thereto, of anything done under subsection (1). (6) For the purpose of this section, β€œpostal article” has the same meaning as in the *Postal Services Act 1991 [Act 465].

Malay text (authoritative)

Pemintasan komunikasi

(1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Pendakwa Raya boleh, jika dia berpendapat bahawa apa-apa maklumat yang berkaitan dengan maksud mana-mana penyiasatan mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad berkemungkinan terkandung di dalamnya, atas permohonan seorang pegawai diberi kuasa, memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasaβ€” (a) untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos yang dalam penghantaran melalui pos; atau (b) untuk memintas, mendengar dan merekodkan apa-apa komunikasi yang dihantar atau diterima melalui manamana komunikasi. (2) Apabila mana-mana orang didakwa atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu didakwa, boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya. (3) Pemberikuasaan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika suatu pemberikuasaan lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah pemberikuasaan itu ke dalam bentuk bertulis. (4) Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut subseksyen (1) telah diberi kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa tindakan itu telah diberi kuasa sedemikian dan perakuan itu boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya. (5) Tiada seorang pun boleh tertakluk kepada apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti, atau dengan apa-apa cara dipaksa untuk mendedahkan dalam mana-mana prosiding tatacara, kaedah, aturan atau cara, atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya, mengenai apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1). (6) Bagi maksud seksyen ini, β€œbarang pos” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465].

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 708 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next