My bookmarksSign up free
← Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 40

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 40 Offences with respect to information

(1) A person who submits false or misleading information in any application, report or other document for any purpose under this Act or the related laws commits an offence and shall, on conviction, be punished with a fine not exceeding one million ringgit or with imprisonment for a term not exceeding two years or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding two million ringgit. (2) A person whoβ€” (a) furnishes or causes to be furnished to an authorized officer any false or misleading particular, information or statement in respect of any matter which such officer requires to be furnished under this Act or the related laws; (b) refuses to answer or gives a false answer to any question put to him by an authorized officer for the purpose of obtaining any particulars, information or statement required to be given under this Act or the related laws; or (c) fails or refuses to produce any document as may be required by an authorized officer, commits an offence and shall, on conviction, be punished with a fine not exceeding one million ringgit or with imprisonment for a term not exceeding two years or with both, and in the case of a body corporate, be punished with a fine not exceeding two million ringgit.

Malay text (authoritative)

Kesalahan berkenaan dengan maklumat

(1) Seseorang yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini atau undang-undang yang berkaitan melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua juta ringgit. (2) Seseorang yangβ€” (a) memberikan atau menyebabkan diberikan kepada pegawai diberi kuasa apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang pegawai itu menghendaki diberikan di bawah Akta ini atau undang-undang yang berkaitan; (b) enggan menjawab atau memberikan jawapan palsu kepada mana-mana soalan yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa bagi maksud mendapatkan apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki untuk diberikan di bawah Akta ini atau undang-undang yang berkaitan; atau (c) tidak atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua juta ringgit.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 708 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next