My bookmarksSign up free
← Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 52

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 52 Information is privileged and confidential

(1) Any information and document obtained pursuant to this Act or by virtue of this Act relating to strategic items, unlisted items or restricted activities are privileged and confidential. (2) Notwithstanding subsection (1), the information and documents referred to in subsection (1) are not privileged or confidential if they are required to be disclosed or communicated for the purpose of national interest, national security or under any written law. (3) No person in possession of privileged or confidential information or documents shall knowingly, without the written consent of the person from whom they were obtained, communicate them or allow them to be communicated to any person, or allow any person to have access to them, except for the purpose of the enforcement of this Act. (4) Notwithstanding any other written laws, no person shall be required, in connection with any legal proceedings, to produce any statement or other record containing privileged or confidential information or documents, or to give evidence relating to them, unless the proceedings relate to the enforcement of this Act.

Malay text (authoritative)

Maklumat dilindungi dan sulit

(1) Apa-apa maklumat dan dokumen yang diperoleh menurut Akta ini atau menurut kuasa Akta ini berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad dilindungi dan sulit. (2) Walau apa pun subseksyen (1), maklumat dan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) tidak dilindungi atau sulit jika maklumat dan dokumen itu dikehendaki untuk dizahirkan atau diberitahu bagi maksud kepentingan negara, keselamatan negara atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis. (3) Tiada seorang pun yang memegang maklumat atau dokumen dilindungi atau sulit boleh dengan pengetahuan, tanpa persetujuan secara bertulis orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh, memberitahunya atau membenarkannya diberitahu kepada mana-mana orang, atau membenarkan mana-mana orang mempunyai akses kepadanya, kecuali bagi maksud penguatkuasaan Akta ini. (4) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun boleh dikehendaki, berkaitan dengan manamana prosiding undang-undang, untuk mengemukakan apa-apa pernyataan atau rekod lain yang mengandungi maklumat atau dokumen yang dilindungi atau sulit, atau untuk memberi keterangan berhubungan dengannya, melainkan jika prosiding itu berhubung dengan penguatkuasaan Akta ini.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 708 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next