My bookmarksSign up free
← Credit Reporting Agencies Act 2010

Credit Reporting Agencies Act 2010 s 44

s 44 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath from the authorized officer and after such inquiry as the Magistrate considers necessary, that there is reasonable cause to believe thatβ€” (a) any premises has been used for; or (b) there is in any premises evidence necessary to the conduct of an investigation into, the commission of an offence under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing the authorized officer named in the warrant at any reasonable time by day or night and with or without assistance, to enter the premises and if need be by force. (2) Without affecting the generality of subsection (1), the warrant issued by the Magistrate may authorize the search and seizure ofβ€” (a) any computer, book, account, computerized data or other document which contains or is reasonably suspected to contain information as to any offence suspected to have been committed; (b) any signboard, card, letter, pamphlet, leaflet or notice representing or implying that the person is registered under this Act; or (c) any equipment, instrument or article that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of the offence. (3) An authorized officer conducting a search under subsection (1) may, for the purpose of investigating into the offence, search any person who is in or on the premises. (4) An authorized officer making a search of a person under subsection (3) or section 45 may seize or take possession of, and place in safe custody all things other than the necessary clothing found upon the person, and any of those things which there is reason to believe were the instruments or other evidence of the offence may be detained until the discharge or acquittal of the person. (5) Whenever it is necessary to cause a woman to be searched, the search shall be made by another woman with strict regard to decency. (6) If, by the reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any computer, book, account, computerized data or other document, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or article seized under this section, the authorized officer shall by any means seal such computer, book, account, computerized data or other document, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or article in the premises or container in which it is found. (7) A person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (6) or removes any computer, book, account, computerized data or other document, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or article under seal or attempts to do so commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1) Jika ternyata pada Majistret, atas maklumat bersumpah bertulis daripada pegawai diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang didapati perlu oleh Majistret, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawaβ€” (a) mana-mana premis telah digunakan bagi; atau (b) ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, masuk ke dalam premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa untuk penggeledahan dan penyitaanβ€” (a) apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; (b) apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menunjukkan atau yang menyiratkan bahawa orang itu didaftarkan di bawah Akta ini; atau (c) apa-apa kelengkapan, peralatan atau barang yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. (3) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu. (4) Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 45 boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan. (5) Bilamana menjadi perlu untuk menyebabkan supaya seorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dibuat oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan. (6) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai diberi kuasa itu hendaklah dengan apa-apa cara mengelak komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (7) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6) atau memindahkan mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang telah dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 710 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 August 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next