Third Schedule THIRD SCHEDULESupplementary
[Paragraph 14(1)(b) and subsection 21(1)]
Chief executive and director to be “fit and proper” persons
1. (1) In determining whether a person is a “fit and proper” person to hold or is to hold the position of a chief executive or director of a credit reporting agency, regard shall be had to the following criteria, namely—
(a) his probity, competence and soundness of judgement for fulfilling the responsibilities of that position;
(b) the diligence with which he is fulfilling or is likely to fulfil those responsibilities; and
(c) whether the interests of the credit reporting agency, the subscribers or other persons, the customers and the general public are, or are likely to be, in any way threatened by that position.
*NOTE—The Takaful Act 1984 [Act 312] has since been repealed by the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759]—see section 282 of Act 759. **NOTE—The Payment Systems Act 2003 [Act 627] has since been repealed by the Financial Services Act 2013 [Act 758]—see section 271 of Act 758.
(2) Without prejudice to the generality of the foregoing provisions, regard may be had to the previous business conduct and activities of the person in question and, in particular, to any evidence that he—
(a) has been compounded or convicted, or as the chief executive or director, has caused to be compounded or convicted, of an offence which is punishable with—
(i) imprisonment for one year or more, whether by itself, or in lieu, or in addition to, a fine; or
(ii) a fine of twenty thousand ringgit or more; or
(b) has been engaged in or associated with any business practices, or otherwise conducted himself in such a way as to cast doubt on his competence and soundness of judgement.
Additional criteria for chief executive
2. A person who is, or is to be, a chief executive of a credit reporting agency—
(a) shall have the educational qualifications and experience which will enable him to satisfactorily discharge his responsibilities;
(b) shall not have held a position of responsibility in the management of a company which has been convicted of an offence under any written law during his tenure of office, unless he proves that such offence was committed without his knowledge or consent and he was not in a position to prevent the offence;
(c) shall not have held a position of responsibility in the management of any company which during his tenure of office—
(i) has defaulted in payment of any judgement sum against it;
(ii) has suspended payment or has compounded with its creditors; or
(iii) has had a receiver or manager appointed in respect of its property;
(d) shall be available for full time employment, and shall not carry on any other business or vocation, except as a non-executive director or shareholder of another company; and
(e) shall not have acted in a manner which may cast doubt on his fitness to hold the position of a chief executive, or acted in blatant disregard for proper professional conduct, especially in dealings with the subscribers or other persons, customers and the general public.
Additional criteria for director
3. A person who is, or is to be, a director of a credit reporting agency—
(a) shall have the educational qualifications and experience which will enable him to carry out and perform his duties;
(b) shall not have acted in a manner which may cast doubt on his fitness to hold the position of a director; and
(c) shall not have been a party to any action or decision of the board or management of the credit reporting agency which is detrimental to its interests.
Other criteria as the Minister may prescribe
4. The Minister may, with the concurrence of the Registrar, prescribe such other additional criteria which is necessary or expedient for the purpose of protecting the interests of the credit reporting agency, subscribers or other persons, customers and the general public.
Discretion of the Registrar
5. The Registrar shall have full discretion to determine whether a person has complied with this Schedule.
Malay text (authoritative)
JADUAL KETIGA
[Perenggan 14(1)(b) dan subseksyen 21(1)]
Ketua eksekutif dan pengarah hendaklah orang yang “layak dan sesuai”
1. (1) Apabila menentukan sama ada seseorang merupakan seorang yang “layak dan sesuai” untuk memegang atau yang akan memegang jawatan ketua eksekutif atau pengarah sesuatu agensi pelaporan kredit, perhatian hendaklah diberikan kepada kriteria yang berikut, iaitu–
(a) kejujurannya, kewibawaannya dan kebijaksanaan pertimbangannya untuk menunaikan tanggungjawab jawatan itu;
(b) usaha yang dengannya dia sedang menunaikan atau berkemungkinan akan menunaikan tanggungjawab itu; dan
*CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]—lihat seksyen 271 Akta 758. **CATATAN—Akta Takaful 1984 [Akta 312] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]—lihat seksyen 282 Akta 759. ***CATATAN—Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]—lihat seksyen 271 Akta 758.
(c) sama ada kepentingan agensi pelaporan kredit, orang yang melanggan atau orang lain, pelanggan dan orang awam sedang, atau berkemungkinan menjadi, dengan apa-apa jua cara terancam disebabkan oleh jawatan itu.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, perhatian bolehlah diberikan kepada penjalanan dan aktiviti perniagaan yang terdahulu orang yang berkenaan dan, khususnya, kepada apa-apa keterangan bahawa dia—
(a) telah dikompaun atau disabitkan, atau sebagai ketua eksekutif atau pengarah, telah menyebabkan dikompaun atau disabitkan, atas suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan—
(i) pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti denda, atau sebagai tambahan kepada denda; atau
(ii) denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau lebih; atau
(b) terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaannya dan kebijaksanaan pertimbangannya.
Kriteria tambahan bagi ketua eksekutif
2. Seseorang yang menjadi, atau yang akan menjadi, ketua eksekutif sesuatu agensi pelaporan kredit—
(a) hendaklah mempunyai kelayakan pendidikan dan pengalaman yang akan membolehkannya menunaikan tanggungjawabnya dengan memuaskan;
(b) tidak boleh pernah memegang sesuatu jawatan yang mempunyai tanggungjawab dalam pengurusan sesuatu syarikat yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah mana–mana undang–undang bertulis semasa tempoh jawatannya, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannnya dan dia tidak dapat menghalang kesalahan itu;
(c) tidak boleh pernah memegang sesuatu jawatan yang mempunyai tanggungjawab dalam pengurusan mana–mana syarikat yang semasa tempoh jawatannya—
(i) telah ingkar dalam pembayaran apa–apa jumlah wang penghakiman terhadapnya;
(ii) telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian dengan pemiutang–pemiutangnya; atau
(iii) telah dilantik berkenaan dengan hartanya seorang penerima atau pengurus;
(d) hendaklah bersedia bagi pekerjaan sepenuh masa, dan tidak boleh menjalankan apa–apa perniagaan atau kerjaya lain, selain pengarah bukan eksekutif atau pemegang syer syarikat lain; dan
(e) tidak pernah bertindak dengan cara yang boleh menimbulkan keraguan mengenai kesesuaiannya untuk memegang jawatan sebagai ketua eksekutif, atau bertindak secara terang–terangan tanpa mengambil kira kelakuan profesional yang sepatutnya, terutamanya dalam urus niaga dengan orang yang melanggan atau orang lain, pelanggan dan orang awam.
Kriteria tambahan bagi pengarah
3. Seseorang yang menjadi, atau yang akan menjadi, seorang pengarah sesuatu agensi pelaporan kredit—
(a) hendaklah mempunyai kelayakan pendidikan dan pengalaman yang akan membolehkannya menjalankan dan melaksanakan kewajipannya;
(b) tidak boleh pernah bertindak dengan cara yang boleh menimbulkan keraguan mengenai kesesuaiannya untuk memegang jawatan sebagai seorang pengarah; dan
(c) tidak boleh pernah mengambil bahagian dalam apa–apa tindakan atau keputusan lembaga atau pengurusan agensi pelaporan kredit itu yang memudaratkan kepentingannya.
Kriteria lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri
4. Menteri boleh, dengan persetujuan Pendaftar, menetapkan apa–apa kriteria tambahan lain yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melindungi kepentingan agensi pelaporan kredit, orang yang melanggan atau orang lain, pelanggan dan orang awam.
Budi bicara Pendaftar
5. Pendaftar hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada seseorang telah mematuhi Jadual ini.
Text as at 1 August 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).