Fourth Schedule FOURTH SCHEDULESupplementary
[Paragraph 26(3)(d)]
SUBSCRIBER AGREEMENT
A Subscriber Agreement (“Agreement”) shall include provisions imposing the following obligations upon the subscriber:
1. Where the credit reporting agency collects credit information directly or indirectly from the customer for disclosure to a subscriber, the credit reporting agency shall inform the customer of the purposes for which the credit reporting agency is collecting the credit information and the purposes for which the credit information will be further processed.
2. The credit reporting agency shall not disclose credit information to the subscriber without taking such steps as are, in the circumstances, reasonable to ensure that the credit information is accurate, up-to-date, complete, relevant, and not misleading.
3. The credit reporting agency shall, as soon as reasonably practicable, update any credit information previously disclosed to the subscriber and ensure that the credit information remains accurate, up-to-date, complete, relevant, and not misleading.
4. The subscriber undertakes that it shall take all necessary steps to maintain the utmost security and confidentiality of credit information obtained or communicated, documents prepared and records kept, whether obtained from the credit reporting agency or otherwise, and any other matter undertaken in connection with this Agreement, whether before the effective date of the Agreement, during the period of the Agreement or after the expiry or termination of this Agreement.
5. The subscriber undertakes that it shall take such steps that are necessary to ensure that its employees, agents or any other person that may have access to the confidential credit information do not disclose or use the same other than in accordance with the Agreement.
6. The subscriber shall promptly cooperate with the credit reporting agency in its efforts to investigate and resolve complaints and correction requests of credit information.
7. The subscriber shall in order to safeguard the credit information held by it against unauthorized or improper access, use, modification or disclosure take appropriate measures, including the following:
(a) to develop written policies and procedures to be followed by its employees, agents and contractors;
(b) to establish controls, including—
(i) the use of passwords, credential tokens, digital signatures or other mechanisms; and
(ii) user identification;
(c) to provide information and training to ensure compliance with the policies, procedures and controls;
(d) to monitor usage and regularly check compliance with the policies, procedures and controls;
(e) to take appropriate action in relation to identified breaches of the policies, procedures and controls; and
(f) to maintain logs of all accesses, amendments and audit trails to the credit information provided to it by the credit reporting agency.
LAWS OF MALAYSIA
CREDIT REPORTING AGENCIES ACT 2010
Malay text (authoritative)
JADUAL KEEMPAT
[Perenggan 26(3)(d)]
PERJANJIAN LANGGANAN
Sesuatu Perjanjian Langganan (“Perjanjian”) hendaklah termasuk peruntukan yang mengenakan obligasi yang berikut terhadap orang yang melanggan:
1. Jika agensi pelaporan kredit mengumpul maklumat kredit secara langsung atau tidak langsung daripada pelanggan untuk dizahirkan kepada seorang yang melanggan, agensi pelaporan kredit itu hendaklah memaklumkan pelanggan mengenai maksud yang baginya agensi pelaporan kredit itu mengumpul maklumat kredit dan maksud yang baginya maklumat kredit itu akan diproses selanjutnya.
2. Agensi pelaporan kredit tidak boleh menzahirkan maklumat kredit kepada orang yang melanggan tanpa mengambil apa-apa langkah yang, mengikut hal keadaan, adalah munasabah untuk memastikan bahawa maklumat kredit itu adalah tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan.
3. Agensi pelaporan kredit hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan dengan munasabah, mengemaskinikan apa-apa maklumat kredit yang telah dizahirkan sebelum ini kepada orang yang melanggan dan memastikan bahawa maklumat kredit itu sentiasa menjadi tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan.
4. Orang yang melanggan mengaku janji bahawa ia akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mengekalkan dengan sesungguhnya keselamatan dan kerahsiaan maklumat kredit yang diperoleh atau disampaikan, dokumen yang disediakan dan rekod yang disimpan, sama ada yang diperoleh daripada agensi pelaporan kredit itu atau selainnya, dan apa-apa perkara lain yang diusahakan berkaitan dengan Perjanjian ini, sama ada sebelum tarikh kuat kuasa Perjanjian ini, semasa tempoh Perjanjian ini atau selepas habis tempoh atau penamatan Perjanjian ini.
5. Orang yang melanggan mengaku janji bahawa ia akan mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan yang pekerjanya, ejennya atau mana-mana orang lain yang mungkin mempunyai akses kepada maklumat kredit yang sulit itu tidak akan menzahirkan atau menggunakan maklumat kredit itu selain mengikut Perjanjian ini.
6. Orang yang melanggan hendaklah dengan segera bekerjasama dengan agensi pelaporan kredit dalam usahanya untuk menyiasat dan menyelesaikan aduan dan permintaan pembetulan maklumat kredit.
7. Orang yang melanggan hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memelihara maklumat kredit yang dipegang olehnya daripada akses, penggunaan, ubah suaian atau penzahiran yang tidak dibenarkan atau yang tidak wajar, termasuk yang berikut:
(a) membangunkan dasar dan tatacara bertulis yang hendak diikuti oleh pekerja, ejen dan kontraktornya;
(b) mewujudkan kawalan, termasuk—
(i) penggunaan kata laluan, token bertauliah, tandatangan digital atau mekanisme lain; dan
(ii) pengenalan pengguna;
(c) memberikan maklumat dan latihan untuk memastikan pematuhan dasar, tatacara dan kawalan itu;
(d) memantau penggunaan dan menyemak secara kerap pematuhan dasar, tatacara dan kawalan itu;
(e) mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung dengan pelanggaran yang dikenal pasti terhadap dasar, tatacara dan kawalan itu; dan
(f) menyenggarakan log mengenai semua akses, pindaan dan jejak audit kepada maklumat kredit yang telah diberikan kepadanya oleh agensi pelaporan kredit itu.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA AGENSI PELAPORAN KREDIT 2010
Text as at 1 August 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).