My bookmarksSign up free
← Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010 s 13

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010 s 13

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 13 Committees

(1) The Commission may establish any committee as it considers necessary or expedient to assist it in the performance of its functions. (2) The Commission may elect any of its members to be the chairman of a committee. (3) The Commission may appoint any person to be a member of a committee. (4) A member of a committee shall hold office on such conditions and for such term as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment. (5) The Commission may revoke the appointment of any member of a committee. (6) The chairman of a committee may, at any time, resign by giving notice in writing to the Commission. (7) A member of a committee may, at any time, resign by giving notice in writing to the chairman of the committee. (8) The Commission may, at any time, discontinue or alter the constitution of a committee. (9) A committee may regulate its own procedure. (10) A committee shall be subject to, and act in accordance with, any direction given to it by the Commission. (11) The meetings of a committee shall be held at such times and places as the chairman of the committee may determine. (12) A committee shall cause— (a) minutes of all its meetings to be maintained and kept in proper form; and (b) copies of the minutes of all its meetings to be submitted to the Commission as soon as practicable. (13) A committee may invite any person to attend any of its meetings for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting. (14) The members of a committee and any person invited under subsection (13) shall be paid such allowances and other expenses as the Commission may determine.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa

(1) Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya. (2) Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa. (3) Suruhanjaya boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa. (4) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. (5) Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa. (6) Seseorang pengerusi jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Suruhanjaya. (7) Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu. (8) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa. (9) Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. (10) Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya. (11) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (12) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya— (a) minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan (b) salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Suruhanjaya dengan secepat yang dapat dilaksanakan. (13) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu. (14) Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (13) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 714 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next