My bookmarksSign up free
← Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010 s 16

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010 s 16

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 16 Powers of the Commission

(1) The Commission shall have the power to do all things necessary or expedient for, or in connection with, the performance of its functions under the land public transport laws. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the powers of the Commission shall include the power— (a) to utilise all the property of the Commission, movable and immovable, in such manner as the Commission thinks expedient including the raising of loans by mortgaging such property; (b) to impose fees or charges for services rendered by the Commission; (c) to appoint such agents, experts or consultants as it deems fit to assist the Commission in the performance of its functions; (d) to grant loans and scholarships to employees of the Commission for such purposes as may be approved by the Minister; (e) to formulate and implement programmes for the proper and effective performance of the Commission’s functions, including programmes for human resource development, funding and co-operation; (f) to co-operate with Government Entities or any other body corporate for the purpose of performing the Commission’s functions; and (g) to do anything incidental to any of its functions.

Malay text (authoritative)

Kuasa Suruhanjaya

(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi, atau yang berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa— (a) untuk menggunakan semua harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk menggadaijanjikan harta itu bagi pemerdapatan pinjaman; (b) untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya; (c) untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang difikirkannya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya; (d) untuk memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri; (e) untuk merumuskan dan melaksanakan program bagi pelaksanaan fungsi Suruhanjaya dengan wajar dan berkesan, termasuklah program bagi pembangunan sumber manusia, pembiayaan dan kerjasama; (f) untuk bekerjasama dengan Entiti Kerajaan atau manamana pertubuhan perbadanan yang lain bagi maksud melaksanakan fungsi Suruhanjaya; dan (g) untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 714 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next