My bookmarksSign up free
← Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010 s 29

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010 s 29

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 29 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Fund

(1) A fund to be known as the “Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Fund” is established and shall be administered and controlled by the Commission. (2) The Fund shall consist of— (a) such sums as may be provided from time to time by Parliament; (b) all or any part of the operators’ licence fees or other fees, administrative charges or other charges imposed by or payable to the Commission under the land public transport laws; (c) all moneys derived as income from investments by the Commission; (d) all moneys derived from the sale, disposal, lease or hire of, or any other dealing with, any property, mortgages, charges or debentures vested in or acquired by the Commission; (e) all moneys and property which may in any manner become payable to or vested in the Commission in respect of any matter incidental to its functions and powers; (f) any costs paid to, or recovered by, the Commission in any settlement of action or proceedings, civil or criminal; (g) all moneys borrowed by the Commission under section 33; and (h) all other moneys lawfully received by the Commission, but shall not include moneys or sums which are payable into the Land Public Transport Fund established under the Land Public Transport Act 2010.

Malay text (authoritative)

Kumpulan Wang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

(1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen; (b) semua atau mana-mana bahagian fi lesen pengendali atau fi lain, caj pentadbiran atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat; (c) semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Suruhanjaya; (d) semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Suruhanjaya; (e) semua wang dan harta yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; (f) apa-apa kos yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh, Suruhanjaya dalam mana-mana penyelesaian tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah; (g) semua wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 33; dan (h) semua wang lain yang diterima dengan sah oleh Suruhanjaya, tetapi tidak termasuk wang atau jumlah wang yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 714 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next