My bookmarksSign up free
← Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010 Schedule

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010 Schedule

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

Schedule SCHEDULESupplementary

[Section 6] Times and places of meetings 1. (1) The Commission shall hold as many meetings as are necessary for the efficient performance of its functions and such meetings are to be held at such places and times as the Chairman may decide, provided that the Chairman shall not allow more than two months to lapse between meetings. (2) The Chairman shall call for a meeting if requested to do so in writing by the Minister or by at least two members of the Commission. Quorum 2. The Chairman and at least half of the other members of the Commission shall form a quorum at any meeting of the Commission. Casting vote 3. If on any question to be determined by the Commission there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. Commission may invite others to meetings 4. (1) The Commission may invite any person to attend any meeting or deliberation of the Commission for the purpose of advising it on any matter under discussion, but any person so attending shall have no right to vote at the meeting or deliberation. (2) A person invited under subparagraph (1) shall be paid such allowances as may be determined by the Commission. Minutes 5. (1) The Commission shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in proper form. (2) The minutes of meetings of the Commission, if duly signed, shall, in any legal proceedings, be admissible as prima facie evidence of the facts stated in the minutes without further proof. (3) Every meeting of the Commission of which minutes have been made in accordance with subparagraphs (1) and (2) shall be deemed to have been duly convened and held and all members at the meeting to have been duly qualified to act. Procedure 6. The Commission may regulate its own procedure. Validity of acts and proceedings 7. No act done or proceeding taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of, the Commission; or (b) any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case. Members to devote time to business of Commission 8. The members of the Commission shall devote such time to the business of the Commission as is necessary to discharge their duties effectively. LAWS OF MALAYSIA SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT ACT 2010

Malay text (authoritative)

JADUAL

[Seksyen 6] Masa dan tempat mesyuarat 1. (1) Suruhanjaya hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang diputuskan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat. (2) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta untuk berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya dua anggota Suruhanjaya. Kuorum 2. Pengerusi dan sekurang-kurangnya separuh daripada anggota Suruhanjaya yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Suruhanjaya. Undi pemutus 3. Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus di samping undi biasanya. Suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 4. (1) Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana- mana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Minit 5. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit mesyuarat Suruhanjaya, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Suruhanjaya yang berkenaan dengannya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Tatacara 6. Suruhanjaya boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Kesahan perbuatan dan prosiding 7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau terdapat apa- apa kecacatan dalam penubuhan, Suruhanjaya; atau (b) terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya 8. Anggota Suruhanjaya hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan. UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010

Read this section in the full act →

Find Act 714 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2015 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next