s 173 Jawatankuasa hendaklah memutuskan mengenai pertikaian yang diberitahu
(1) Apabila suatu pemberitahuan bertulis diterima daripada pihak-pihak kepada pertikaian yang disebut dalam subseksyen 171(2) atau menurut suatu rujukan di bawah subseksyen 171(4), jawatankuasa itu hendaklah bersidang dengan secepat yang dapat dilaksanakan untuk memutuskan pertikaian itu. (2) Jawatankuasa adalah terikat di bawah subseksyen (1) untuk bersidang untuk memutuskan suatu pertikaian jika ia berpuas hati bahawa — (a) suatu persetujuan tidak akan dicapai, atau tidak akan dicapai dalam masa yang munasabah; (b) pemberitahuan mengenai pertikaian itu tidak bersifat ringan, remeh atau menyusahkan; dan (c) penyelesaian pertikaian itu akan menggalakkan matlamat Akta ini. (3) Jawatankuasa boleh menyelesaikan pertikaian itu atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.