My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 196

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 196

s 196 Offences by body corporate or unincorporate or by director, officer, controller, etc.

(1) Where an offence has been committed by any body corporate or unincorporate under this Act, any person who at the time of the commission of the offence was a director, officer or controller of the body corporate or unincorporate or was purporting to act in any such capacity, or was in any manner or to any extent responsible for the carrying on of any business or for the management of any assets, liabilities or affairs of such body corporate or unincorporate, or was assisting in such management, commits that offence unless he proves that the offence was committed without his consent or connivance and that he exercised all such diligence to prevent the commission of the offence as he ought to have exercised, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all the circumstances. (2) Where any person (referred to in this section as the “principal”) would be liable under this Act to any punishment or penalty for any act, omission, neglect or default, he shall be liable to the same punishment or penalty for every such act, omission, neglect or default of any clerk, servant or agent of his, or of the clerk or servant of such agent. (3) Subsection (2) shall be applicable where such act, omission, neglect or default was committed by the clerk or servant of the principal in the course of his employment, or by the agent when acting on behalf of the principal, or by the clerk or servant of such agent in the course of his employment by such agent or otherwise on behalf of the agent. (4) For the purposes of this section, “controller” means a person who has obtained an approval of the Minister under section 88 of the Financial Services Act 2013 or section 100 of the Islamic Financial Services Act 2013.

Malay text (authoritative)

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan atau badan tidak diperbadankan atau oleh pengarah, pegawai, pengawal, dsb.

(1) Jika suatu kesalahan telah dilakukan oleh mana-mana pertubuhan perbadanan atau badan tidak diperbadankan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan seorang pengarah, pegawai atau pengawal pertubuhan perbadanan atau badan tidak diperbadankan itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, atau telah dengan apa jua cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi penjalanan apa-apa urusan atau bagi pengurusan apa-apa aset, liabiliti atau hal ehwal pertubuhan perbadanan atau badan tidak diperbadankan itu, atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian, melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, dengan mengambil kira kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan. (2) Jika mana-mana orang (disebut dalam seksyen ini sebagai “prinsipal”) adalah bertanggungan di bawah Akta ini bagi apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran demikian yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu. (3) Subseksyen (2) hendaklah terpakai jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam menjalankan kerjanya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu. (4) Bagi maksud seksyen ini, “pengawal” ertinya seseorang yang telah memperoleh suatu kelulusan Menteri di bawah seksyen 88 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau seksyen 100 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next