My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 197

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 197

s 197 Power of Corporation to compound offences

(1) The Corporation, with the consent of the Public Prosecutor in writing, may in the case where it deems fit and proper to do so, compound any offence committed by any person which is punishable under this Act, by making a written offer to such person to compound the offence by paying to the Corporation within such time as may be specified in the offer such sum of money as may be specified in the offer which shall not exceed fifty per centum of the amount of the maximum fine, including the daily fine, if any, in the case of a continuing offence, to which that person would have been liable if he had been convicted of the offence. (2) Any money paid to the Corporation pursuant to the provisions of subsection (1) shall be paid into and form part of the Consolidated Fund. (3) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted, and where the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer, or any extension of it which the Corporation may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time thereafter against the person to whom the offer was made. (4) Where an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall thereafter be instituted in respect of such offence against the person to whom the offer to compound was made.

Malay text (authoritative)

Kuasa Perbadanan untuk mengkompaun kesalahan

(1) Perbadanan, dengan keizinan Pendakwa Raya secara bertulis, boleh dalam hal yang disifatkannya layak dan patut untuk berbuat demikian, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan dengan membayar kepada Perbadanan dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum, termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang akan dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu. (2) Apa-apa wang yang dibayar kepada Perbadanan menurut peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan. (3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bilabila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Perbadanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next