My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 202

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 202

s 202 Submission of information to Corporation

(1) Unless expressly provided for in this Act to the contrary, if, for the purpose of the exercise of any of its powers, the performance of any of its functions, or the discharge of any of its duties, under this Act, the Corporation requires any information from a member institution or from any related corporation of a member institution, on any matter relating to the business or affairs of such member institution or related corporation, such member institution or related corporation shall, notwithstanding any of the provisions of the Financial Services Act 2013 or the Islamic Financial Services Act 2013, submit such information to the Corporation. (2) Any officer or agent of the member institution or related corporation or any other person having access or holding or in possession of the books, records, accounts or other documents of a member institution or related corporation shall, if at any time called upon in writing by the Corporation to do so, produce the same to the Corporation as it may require. (3) Where the information obtained by the Corporation under subsection (1) or (2) relates to the account, business or affairs of any customer of any member institution or related corporation supplying the information, that information shall be confidential as between the Corporation and the member institution or related corporation supplying it. (4) Any person who fails to comply with any requirement under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit and shall, in addition, be liable to a daily fine not exceeding thirty thousand ringgit for every day the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Pengemukaan maklumat kepada Perbadanan

(1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya secara nyata dalam Akta ini, jika, bagi maksud penjalanan mana-mana kuasanya, pelaksanaan mana-mana fungsinya, atau penunaian mana-mana tugasnya, di bawah Akta ini, Perbadanan menghendaki apa- apamaklumat daripada suatu institusi anggota atau daripada mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan suatu institusi anggota, tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan urusan atau hal ehwal institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan itu, institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan itu hendaklah, walau apa pun mana-mana peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, mengemukakan maklumat itu kepada Perbadanan. (2) Mana-mana pegawai atau ejen institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan atau mana-mana orang lain yang mempunyai akses atau memegang atau memiliki buku, rekod, akaun atau dokumen lain suatu institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta secara bertulis oleh Perbadanan untuk melakukan sedemikian, mengemukakan buku, rekod, akaun atau dokumen lain itu kepada Perbadanan sebagaimana yang dikehendakinya. (3) Jika maklumat yang didapati oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) atau (2) adalah berhubungan dengan akaun, urusan atau hal ehwal mana-mana pelanggan mana-mana institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan yang membekalkan maklumat, maka maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara Perbadanan dengan institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan yang membekalkannya. (4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next