My bookmarksSign up free
← Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 75

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 s 75

s 75 Levy surcharge in respect of insurer members

(1) Notwithstanding the payment of the first levy in respect of the first assessment year or the annual levies in respect of any particular assessment year, the Corporation may assess and collect from an insurer member a levy surcharge in respect of that assessment year or any part thereof in accordance with this section. (2) The levy surcharge payable by an insurer member under subsection (1) in any particular assessment year shall not exceed the levy payable by the insurer member in respect of the preceding assessment year or one million ringgit, whichever is higher. (3) Where, in the opinion of the Corporation an insurer member— (a) (Deleted by Act A1505); (b) has failed or fails to comply with the terms and conditions of the membership, any undertaking given to or agreement made with the Corporation, or any regulations, rules, orders, by-laws, notifications, directives, guidelines, circulars or notes of the Corporation in respect of takaful and insurance benefits protection system; (c) has failed or fails to comply with a request for information or has restricted access to information by the Corporation, Bank Negara Malaysia or any person acting on behalf of the Corporation, under this Act; or (d) has failed or fails to maintain proper takaful or insurance benefit records or has misrepresented, whether by act or omission, any information, including information on takaful or insurance liabilities, or net contributions or net premiums used as a basis for any levy assessments under this Part, the Corporation shall— (A) if it proposes to impose a levy surcharge on the insurer member, consult Bank Negara Malaysia on the reasons for imposing a levy surcharge and the amount of the levy surcharge; and (B) give the insurer member an opportunity to make representations to the Corporation on any proposed levy surcharge within seven days from the date of a written notice issued by the Corporation to the insurer member. (4) Where the Corporation receives representations from an insurer member within the time period stipulated in paragraph (3)(B), the Corporation shall consider the representations in deciding whether to impose a levy surcharge and if so, deciding on the amount of the levy surcharge. (5) Where the Corporation decides to impose a levy surcharge, the Corporation shall obtain the written approval of the Minister before imposing the levy surcharge on the insurer member. (6) A levy surcharge shall be imposed by the Corporation by notice in writing to the insurer member and shall be payable to the Corporation within thirty days from the date of such notice or such other period as may be specified by the Corporation. (7) Any opinion formed or decision made by the Corporation relating to the imposition or the amount of any levy surcharge in respect of any insurer member shall be final and binding. (8) A surcharge paid to the Corporation under this section shall be paid into and form part of the Consolidated Fund.

Malay text (authoritative)

Surcaj levi berkenaan dengan anggota penanggung insurans

(1) Walau apa pun bayaran levi pertama berkenaan dengan tahun taksiran pertama atau levi tahunan berkenaan dengan mana-mana tahun taksiran tertentu, Perbadanan boleh mentaksirkan dan memungut suatu surcaj levi daripada anggota penanggung insurans berkenaan dengan tahun taksiran itu atau mana-mana bahagiannya mengikut seksyen ini. (2) Surcaj levi yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans di bawah subseksyen (1) dalam mana-mana tahun taksiran tertentu tidak boleh melebihi levi yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans itu berkenaan dengan tahun taksiran yang sebelumnya atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. (3) Jika, pada pendapat Perbadanan anggota penanggung insurans— (a) (Dipotong oleh Akta A1505); (b) telah tidak atau tidak mematuhi terma dan syarat keanggotaan, mana-mana aku janji yang diberikan kepada atau perjanjian yang dibuat dengan Perbadanan, atau manamana peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota Perbadanan berkenaan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans; (c) telah tidak atau tidak mematuhi permintaan bagi mendapatkan maklumat atau telah menyekat hak untuk mendapat akses kepada maklumat oleh Perbadanan, Bank Negara Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan, di bawah Akta ini; atau (d) telah tidak atau tidak menyenggara rekod manfaat takaful atau insurans dengan sewajarnya atau membuat salah peninggalan, mengenai apa-apa maklumat, termasuk maklumat tentang liabiliti takaful atau insurans, atau sumbangan bersih atau premium bersih yang digunakan sebagai suatu asas bagi apa-apa pentaksiran levi di bawah Bahagian ini, Perbadanan hendaklah— (A) jika ia bercadang untuk mengenakan surcaj levi ke atas anggota penanggung insurans itu, berunding dengan Bank Negara Malaysia tentang alasan untuk mengenakan suatu surcaj levi dan amaun surcaj levi itu; (B) memberi anggota penanggung insurans itu suatu peluang untuk membuat representasi kepada Perbadanan tentang apa-apa cadangan surcaj levi dalam tempoh tujuh hari dari tarikh suatu notis bertulis dikeluarkan oleh Perbadanan kepada anggota penanggung insurans itu. (4) Jika Perbadanan menerima representasi daripada anggota penanggung insurans itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam perenggan (3)(B), Perbadanan hendaklah menimbang representasi itu dalam memutuskan sama ada untuk mengenakan suatu surcaj levi dan jika ya, memutuskan amaun surcaj levi itu. (5) Jika Perbadanan memutuskan untuk mengenakan suatu surcaj levi, Perbadanan hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada Menteri sebelum mengenakan surcaj levi itu ke atas anggota penanggung insurans itu. (6) Suatu surcaj levi hendaklah dikenakan oleh Perbadanan melalui notis bertulis kepada anggota penanggung insurans itu dan hendaklah kena dibayar kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Perbadanan. (7) Apa-apa pendapat yang dibentuk atau keputusan yang dibuat oleh Perbadanan yang berhubungan dengan pengenaan atau amaun apa-apa surcaj levi berkenaan dengan mana-mana anggota penanggung insurans adalah muktamad dan mengikat. (8) Suatu surcaj yang dibayar kepada Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 720 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next