My bookmarksSign up free
← Price Control and Anti-Profiteering Act 2011

Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 s 29

Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 s 29

s 29 Power to enter into premises with search warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such inquiry as he considers necessary, that there are reasonable grounds to believe that a person has committed or is committing an offence under this Act, that any evidence or thing which is necessary to the conduct of an investigation into any offence may be found in any premises, the Magistrate may issue a warrant authorizing any Assistant Controller named in the warrant to enter the premises at any time, with or without assistance, and if need be by force to search for and seize any such evidence or thing. (2) Without affecting the generality of subsection (1), the warrant issued by the Magistrate may authorize the search and seizure of any book, record, accounts, document, computerized data, goods or thing which contains or is reasonably suspected to contain information as to any offence suspected to have been committed or is otherwise necessary to conduct an investigation into any offence. (3) The Assistant Controller conducting a search under subsection (1) may, for the purpose of investigating into the offence, search any person who is in or on the premises. (4) The Assistant Controller making a search of a person under subsection (3) may seize, or take possession of, and place in safe custody all things other than the necessary clothing found upon the person, and any other things, for which there is reason to believe are the instruments or evidence of the offence, and such things may be detained until the order by the court for its disposal. (5) If, by the reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any book, record, accounts, document, computerized data, goods or thing seized under this section, the Assistant Controller who effected the seizure shall by any means seal the premises or container in which such book, record, accounts, document, computerized data, goods or thing is found. (6) A person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (5) or removes any book, record, accounts, document, computerized data, goods or thing under seal or attempts to do so commits an offence.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memasuki premis dengan waran geledah

(1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang telah melakukan atau sedang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, agar apaapa keterangan atau benda yang perlu dalam pelaksanaan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan mungkin ditemui di dalam mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana Penolong Pengawal yang dinamakan dalamnya untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa, dengan atau tanpa bantuan, dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan untuk menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barangan atau benda yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk melaksanakan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan. (3) Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu. (4) Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang mengenainya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga mahkamah mengeluarkan perintah pelupusan terhadapnya. (5) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang disita di bawah seksyen ini, Penolong Pengawal yang menyita itu hendaklah, dengan apaapa cara mengelak premis atau bekas yang di dalamnya dijumpai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda itu. (6) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 723 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next