My bookmarksSign up free
← National Visual Arts Development Board Act 2011

National Visual Arts Development Board Act 2011 s 4

National Visual Arts Development Board Act 2011 s 4

s 4 Functions of the Board

The functions of the Board shall be— (a) to make recommendations to the Minister as to the policies, methods, measures and strategies to be adopted to promote, nurture and facilitate the development of visual arts in Malaysia; (b) to establish, operate and maintain the Gallery; (c) to purchase or acquire any works of visual arts; (d) to preserve the visual arts objects in the Gallery; (e) to maintain the standard and quality of the visual arts; (f) to provide assistance in monetary term or otherwise to visual arts operators in Malaysia; (g) to initiate activities either with or without the participation of visual arts operators towards the advancement of visual arts development in Malaysia; (h) to promote, assist and co-ordinate the activities of visual arts operators; (i) to provide support, including, but not limited to, financial support, advice and information, to any person, organization or institution towards the advancement of visual arts development in Malaysia; (j) to conduct activities for the purpose of stimulating public interest in visual arts, promoting knowledge, appreciation and practice of the visual arts and improving standards in such art; and (k) to act in any capacity or role towards the advancement of visual arts development Malaysia.

Malay text (authoritative)

Fungsi Lembaga

Fungsi Lembaga adalah— (a) untuk membuat syor kepada Menteri mengenai dasar, kaedah, langkah dan strategi yang hendaklah diterima pakai bagi memajukan, memupuk dan memudahkan pembangunan seni visual di Malaysia; (b) untuk menubuhkan, mengendalikan dan menyenggarakan Balai; (c) untuk membeli atau memperoleh apa-apa karya seni visual; (d) untuk memelihara objek seni visual di dalam Balai; (e) untuk mengekalkan standard dan mutu seni visual; (f) untuk memberikan bantuan dalam bentuk kewangan atau selainnya kepada pengendali seni visual di Malaysia; (g) untuk mendayausahakan aktiviti sama ada dengan atau tanpa penyertaan pengendali seni visual ke arah pemajuan pembangunan seni visual di Malaysia; (h) untuk memajukan, membantu dan menyelaraskan aktiviti pengendali seni visual; (i) untuk memberikan sokongan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sokongan kewangan, nasihat dan maklumat, kepada mana-mana orang, organisasi atau institusi ke arah pemajuan pembangunan seni visual di Malaysia; (j) untuk menjalankan aktiviti bagi maksud merangsang minat orang ramai dalam seni visual, memajukan pengetahuan, penghayatan dan amalan dalam seni visual dan memperbaik standard dalam seni visual; dan (k) untuk bertindak atas apa-apa sifat atau peranan ke arah pemajuan pembangunan seni visual di Malaysia.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 724 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next