My bookmarksSign up free
← National Visual Arts Development Board Act 2011

National Visual Arts Development Board Act 2011 s 5

National Visual Arts Development Board Act 2011 s 5

s 5 Powers of the Board

(1) Subject to and for the purposes of this Act, the Board shall have the following powers: (a) to employ consultants, appoint agents and attorneys; (b) to hold any works of visual arts upon trust; (c) to provide training schemes and facilities, to control and supervise the implementation of training projects and programmes relating to the development or advancement of visual arts in Malaysia; (d) to employ such number of officers and servants on such terms and conditions as the Minister may approve; (e) to manage and control the Gallery and for that purpose may employ such number of officers and servants to run the Gallery, on such terms and conditions as the Minister may approve; (f) to impose fees or any other charges it deems fit in respect of any entrance to any exhibition held at the Gallery or any other services rendered by the Gallery; (g) to lend any object belonging to the Gallery to any gallery, museum or exhibition on such terms and subject to such conditions as the Board thinks fit: Provided that the approval in writing of the Minister shall first be obtained if such gallery, museum or exhibition is outside Malaysia; (h) with the written consent of the Minister, and subject to any restrictions which the Minister may impose, to invest, borrow money or charge any movable or immovable property or any interest therein vested in the Board, upon such terms and conditions as the Board thinks fit; (i) to make available services in relation to the visual arts including the carrying out of investigations and the giving of advice; and (j) to do all things reasonably necessary for the performance of its duties under this Act. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1) the Board, subject to any directive made by the Minister from time to time, shall have power to participate and promote participation in international collaborative projects, the participation whereof appears to it to be requisite, advantageous or convenient for or in connection with the performance of its functions under this Act.

Malay text (authoritative)

Kuasa Lembaga

(1) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa yang berikut: (a) untuk mengambil khidmat perunding, melantik ejen dan wakil; (b) untuk memegang apa-apa karya seni visual atas amanah; (c) untuk menyediakan skim latihan dan kemudahan latihan, untuk mengawal dan mengawasi pelaksanaan projek dan program latihan yang berhubungan dengan pembangunan atau pemajuan seni visual di Malaysia; (d) untuk mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; (e) untuk mengurus dan mengawal Balai dan bagi maksud itu boleh mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat untuk mengendalikan Balai, atas apaapa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; (f) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke manamana pameran yang diadakan di Balai atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Balai; (g) untuk meminjamkan apa-apa objek kepunyaan Balai kepada mana-mana galeri, muzium atau pameran atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan sesuai oleh Lembaga: Dengan syarat bahawa kelulusan secara bertulis daripada Menteri hendaklah diperoleh terlebih dahulu jika galeri, muzium atau pameran itu terletak di luar Malaysia; (h) dengan persetujuan bertulis Menteri, dan tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Menteri, untuk melabur, meminjam wang atau menggadaikan apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan terhadapnya yang terletak hak pada Lembaga, atas apaapa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga; (i) untuk menyediakan perkhidmatan berhubung dengan seni visual termasuk menjalankan siasatan dan memberikan nasihat; dan (j) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang dibuat oleh Menteri dari semasa ke semasa, hendaklah mempunyai kuasa untuk menyertai dan menggalakkan penyertaan dalam projek kerjasama antarabangsa yang penyertaannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 724 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next