My bookmarksSign up free
← Food Analysts Act 2011

Food Analysts Act 2011 s 20

Food Analysts Act 2011 s 20

s 20 Annual practising certificate

(1) A registered food analyst who intends to practise as a food analyst may make an application to the Registrar in the prescribed form and pay the prescribed fee for a certificate to practise as a food analyst. (2) Upon receipt of the application and payment specified in subsection (1), the Registrar may, upon approval, issue to the registered food analyst an annual practising certificate in the prescribed form, authorizing the registered food analyst to practise as a food analyst during the year for which the certificate is issued. (3) A certificate by the Registrar that any person— (a) is or is not the holder of an annual practising certificate; or (b) was or was not at any time a holder of an annual practising certificate, shall be conclusive evidence of the matter referred to therein.

Malay text (authoritative)

Perakuan amalan tahunan

(1) Seseorang juruanalisis makanan berdaftar yang berniat untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruanalisis makanan boleh membuat permohonan kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan dan membayar fi yang ditetapkan bagi suatu perakuan untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruanalisis makanan. (2) Apabila diterima permohonan itu dan bayaran yang ditetapkan dalam subseksyen (1), Pendaftar boleh, atas kelulusan, mengeluarkan kepada juruanalisis makanan berdaftar itu suatu perakuan amalan tahunan dalam borang yang ditetapkan, memberi kuasa juruanalisis makanan berdaftar itu untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruanalisis makanan dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan. (3) Suatu perakuan oleh Pendaftar bahawa mana-mana orang— (a) ialah atau bukan pemegang perakuan amalan tahunan; atau (b) telah atau bukan pada bila-bila masa seorang pemegang perakuan amalan tahunan, hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang disebut dalamnya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 727 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next