(1) Except as provided in this section, no statement made by any person to an authorized officer in the course of an investigation made under this Act shall be used in evidence.
(2) When any witness is called for the prosecution or for the defence, other than the accused, the court shall, on the request of the accused or the prosecutor, refer to any statement made by that witness to an authorized officer in the course of the investigation under this Act and may then, if the court thinks fit in the interest of justice, direct the accused to be furnished with a copy of it and the statement may be used to impeach the credit of the witness in the manner provided by the Evidence Act 1950 [Act 56].
(3) Where the accused had made a statement during the course of an investigation, such statement may be admitted in evidence in support of his defence during the course of the trial.
(4) Nothing in this section shall be deemed to apply to any statement made in the course of an identification parade or falling within section 27 or paragraphs 32(1)(a), (i) and (j) of the Evidence Act 1950.
(5) When any person is charged with any offence in relation to—
(a) the making; or
(b) the contents,
of any statement made by him to an authorized officer in the course of a police investigation made under this Act, that statement may be used as evidence in the prosecution’s case.
Malay text (authoritative)
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.
(2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
(3) Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.
(4) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau yang diliputi oleh seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.
(5) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan—
(a) pembuatan; atau
(b) kandungan,
mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan polis yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).