My bookmarksSign up free
← Food Analysts Act 2011

Food Analysts Act 2011 s 43

Food Analysts Act 2011 s 43

s 43 Compounding of offences

(1) The Director General may, with the written consent of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act or the regulations made under this Act and prescribed by the Minister to be a compoundable offence by making a written offer to such person to compound the offence upon payment to the Director General or any person authorized in writing by the Director General such amount not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within such time as may be specified in the offer. (2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted and where the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Director General or any person authorized in writing by the Director General may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time thereafter against the person to whom the offer was made. (3) Where an offence has been compounded under subsection (1)— (a) no prosecution shall thereafter be instituted in respect of such offence against the person to whom the offer to compound was made; and (b) any book, record, apparatus, equipment, instrument, material, article, substance or any other thing seized in connection with the offence, may be forfeited, destroyed or returned to that person, as the Director General deems fit after taking into consideration the nature of the offence and subject to such terms and conditions as may be imposed.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1)— (a) tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat; dan (b) mana-mana buku, rekod, radas, kelengkapan, alat, benda, barang, bahan atau apa-apa benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilucuthakkan, dimusnahkan atau dipulangkan kepada orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah selepas mengambil kira sifat kesalahan itu dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 727 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next