(1) An application for a licence to carry on money services business shall be made in writing to the Bank by an applicant—
(a) in such form and manner together with such documents as the Bank may specify; and
(b) by submitting such information as the Bank may prescribe.
(2) No person shall apply for a licence to carry on money services business unless it is a company.
(3) The Bank may, by written notice, require the applicant or any person who is or is to be a director, controller or chief executive officer of the applicant to provide additional information or documents.
(4) If any additional information or document required under subsection (3) is not provided by the applicant or its director, controller or chief executive officer, as the case may be, within the period specified in the written notice or any extended period granted by the Bank, the application shall be deemed to be withdrawn and shall not be further proceeded with, but without affecting the right of the applicant to make a fresh application.
Malay text (authoritative)
Permohonan bagi lesen
(1) Sesuatu permohonan bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang hendaklah dibuat secara bertulis kepada Bank oleh seseorang pemohon—
(a) mengikut apa-apa bentuk dan cara berserta dengan apaapa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan
(b) dengan mengemukakan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
(2) Tiada seorang pun boleh memohon bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang melainkan jika orang itu suatu syarikat.
(3) Bank boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemohon itu atau mana-mana orang yang ialah atau akan menjadi seorang pengarah, pengawal atau ketua pegawai eksekutif pemohon itu supaya memberikan maklumat atau dokumen tambahan.
(4) Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon itu atau pengarahnya, pengawalnya atau ketua pegawai eksekutifnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam tempoh masa yang ditentukan dalam notis bertulis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Bank, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan lagi, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baru.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).